Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur
Dasar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Perumahan merupakan salah satu keperluan asas untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terpelihara....
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5603/ http://journalarticle.ukm.my/5603/ http://journalarticle.ukm.my/5603/1/9.geografia-sept%25202012-junaidi-si-ppspp-ed%2520am1.pdf |
Summary: | Dasar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam
perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Perumahan
merupakan salah satu keperluan asas untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terpelihara. Justeru,
pengimplimentasian dasar perumahan dapat memberi implikasi kepada pembangunan sosioekonomi dan politik
setempat dan nasional. Oleh itu adalah tujuan artikel ini untuk menjelaskan pengaruh dasar perumahan negara
melalui pembangunan perumahan di sesuatu kawasan yang akan memberi impak geopolitik, geoekonomi dan
geososial dalam jangka masa panjang. Berdasarkan kajian sekunder dan pemerhatian serta temubual di lapangan
(Kuala Lumpur), didapati bahawa Dasar Perumahan Negara yang menggalakkan perkembangan sektor
perumahan yang pesat telah menyebabkan kuasa geopolitik melalui hak untuk mengundi (politik) semakin
tinggi melalui pendaftaran sebagai pemilih/pengundi di sesuatu kawasan seterusnya mempengaruhi sokongan
kepada parti politik dan keputusan pilihan raya mengikut lokaliti. Pengaruh perkembangan pembangunan
perumahan juga mengukuhkan geoekonomi setempat dengan peningkatan taraf hidup, kuasa beli dan pasaran
barangan dari semasa ke semasa. Dari sudut impak geososial, dasar perumahan negara memangkin
pembangunan yang seimbang melalui penambahbaikan elemen kemudahan sosial seperti pembangunan
komuniti dan kejiranan serta pertambahan penduduk, keselamatan sosial pembinaan persekitaran sosial dan
bersatu dan selamat. |
---|