Pemerkasaan wanita desa: kajian ke atas Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW), Kuala Teriang, Langkawi, Kedah
Wanita hari ini bukan sahaja merupakan seorang isteri, ibu ataupun anak, tetapi juga pekerja bagi menjana pendapatan. Peranan wanita dilihat semakin meluas dan mencakupi pelbagai bidang. Jika dahulu, wanita lebih dilihat berperanan dalam hal ehwal rumah tangga seperti menguruskan rumah, melahirkan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5596/ http://journalarticle.ukm.my/5596/ http://journalarticle.ukm.my/5596/1/2.geografia-sept%25202012-NUR%2520HAFIZAH%2520YUSOFF-si-ppspp-2-ed%2520kat2.pdf |
Summary: | Wanita hari ini bukan sahaja merupakan seorang isteri, ibu ataupun anak, tetapi juga pekerja bagi menjana
pendapatan. Peranan wanita dilihat semakin meluas dan mencakupi pelbagai bidang. Jika dahulu, wanita lebih
dilihat berperanan dalam hal ehwal rumah tangga seperti menguruskan rumah, melahirkan dan membesarkan anakanak,
kini, peranan wanita semakin kompleks. Wanita kini bukan sahaja mampu menjana ekonomi keluarga bahkan
negara amnya. Di Malaysia, pembangunan negara yang pesat menyebabkan kos sara hidup keluarga juga meningkat.
Harga barangan yang kian meningkat menyebabkan ekonomi keluarga perlu lebih utuh. Oleh yang demikian, jika
wanita yang dahulunya adalah hanya suri rumah, kini mereka merasa bertanggungjawab untuk membantu suami
menjana pendapatan sampingan demi kesejahteraan keluarga mereka. Artikel ini membincangkan peranan wanita
yakni isteri dan ibu dalam membantu suami menambah pendapatan keluarga melalui penglibatan mereka dalam
Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW). Kajian dilakukan pada tahun 2009 dengan menggunakan kaedah survei dan
temu bual mendalam bagi memperoleh data dan maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa, anggota KEW
sememangnya mampu membantu menjana ekonomi keluarga bahkan mereka turut dapat memperkasakan diri
mereka melalui pengalaman kerja dan latihan yang diterima. |
---|