Usaha tanggung jawab sosial korporat (CSR) dalam meningkatkan keupayaan komuniti: kajian kes peladangan cili di Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan (Corporate Social Responsibility (CSR) initiatives in elevating community capacity building: the case of chilli farming in Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan)

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah salah suatu bentuk inisiatif dan strategi yang dilaksanakan oleh syarikat bagi menghubungkan syarikat korporat dengan masyarakat awam. Pelbagai contoh inisiatif CSR telah dilaksanakan oleh syarikat korporat. Ini merangkumi usaha memperbaiki keadaan tempat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sarmila Md Sum, Reevany Bustami, Salfarina Abd Gapor
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5510/
http://journalarticle.ukm.my/5510/
http://journalarticle.ukm.my/5510/1/1_abstrak-geografia-ogos%25202012-usm-sarmila-ed%2520kat1.pdf
Description
Summary:Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah salah suatu bentuk inisiatif dan strategi yang dilaksanakan oleh syarikat bagi menghubungkan syarikat korporat dengan masyarakat awam. Pelbagai contoh inisiatif CSR telah dilaksanakan oleh syarikat korporat. Ini merangkumi usaha memperbaiki keadaan tempat berkerja, pemasaran pruduk, pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti. Makalah ini membincangkan usaha CSR oleh sebuah syarikat korporat multinasional di Malaysia yang telah menyumbang kepada pembangunan komuniti peladang melalui projek CSR perladangan cili kontrak di Bukit Awang, Pasir Putih, Kelantan. Seramai 45 orang peladang telah ditemu bual dalam kajian kualitatif ini. Analisis secara tematik telah menemukan sebanyak 19 tema asas. Tema tersebut dibahagikan kepada empat kategori utama yang setiap satunya menggambarkan pembinaan keupayaan komuniti peladang. Secara umumnya para peladang telah berpeluang untuk belajar, meningkatkan ilmu penanaman cili sedia ada, membina kemahiran dan meningkatkan penguasaan kemahiran setelah terlibat dengan projek ini. Projek CSR ini dilihat telah berjaya membantu usaha membina keupayaan sedia ada komuniti peladang yang terlibat di kawasan kajian.