“Metro island” sebuah konsep baru dalam pengelolaan sumber marin: Kes Pulau Sapeken, Indonesia ("Metro island" a new concept in the management of marine resources: The case of Sapeken Island, Indonesia)
Makalah ini merupakan satu kajian yang sangat awal mengenai kehidupan etnik maritim di Indonesia. Ia merepresentasikan kehidupan kota di sebuah pulau yang dalam makalah ini disebut metro island. Kajian dijalankan pada bulan Februari tahun 2011 di Pulau Sapeken yang berkeluasan 65.14 ha dengan juml...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5507/ http://journalarticle.ukm.my/5507/ http://journalarticle.ukm.my/5507/1/10a.geografia-jul%25202012-habib-spj-melayu-ed%2520kat-2.pdf |
Summary: | Makalah ini merupakan satu kajian yang sangat awal mengenai kehidupan etnik maritim di Indonesia. Ia
merepresentasikan kehidupan kota di sebuah pulau yang dalam makalah ini disebut metro island. Kajian dijalankan
pada bulan Februari tahun 2011 di Pulau Sapeken yang berkeluasan 65.14 ha dengan jumlah penduduk seramai
8,312. Kepadatan penduduk pulau ini 12,700 orang/km2, merupakan kelas kepadatan yang sangat tinggi, bahkan
melebihi kepadatan penduduk bandar-bandar besar lain di Indonesia seperti Jakarta atau Surabaya. Istilah metro
island adalah berasaskan parameter kehidupan sebuah bandar termasuk dari aspek demografi, suku etnik yang
beragam, serta wujudnya akulturasi kebudayaan di antara etnik tersebut. Kaedah survei pantas tersepadu digunakan
bagi mengesan indikator sama ada fizikal mahupun bukan fizikal yang lazimnya terdapat di sesebuah kawasan
bandar. Analisis awal dilakukan menggunakan kaedah pemetaan terhadap penyediaan air bersih, tenaga elektrik,
telekomunikasi, infrastruktur, kualiti persekitaran dan ekologi. Maklumat bagi pemetaan diperolehi menggunakan
pendekatan interpretasi data imej satelit penderiaan jauh resolusi tinggi. Kajian ini mendapati bahawa metro island
Pulau Sepeken menempati satu ekosistem perairan yang sangat baik. Ekosistem yang baik merupakan modal awal
bagi keberlangsungan sebuah metro island yang ekonomi masyarakatnya masih bergantung kepada sektor sumber
marin. |
---|