Tumbuhan dalam upacara perbomohan: kes Main Teri di Kelantan (Plants in the healing ritual ceremony: The case of Main Teri in Kelantan)
Makalah ini mempunyai dua tujuan, iaitu mengenal pasti jenis, cara dan bahagian tumbuhan yang digunakan dalam upacara perbomohan Main Teri dan menganalisis alasan tumbuhan tersebut digunakan. Penghujahan di sini ialah kepercayaan magis mendasari kegunaan tumbuhan dalam upacara Main Teri. Perbincan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5503/ http://journalarticle.ukm.my/5503/ http://journalarticle.ukm.my/5503/1/6a.geografia-jul%25202012-aishah-ukm-melayu-ed%2520kat-1.pdf |
Summary: | Makalah ini mempunyai dua tujuan, iaitu mengenal pasti jenis, cara dan bahagian tumbuhan yang digunakan dalam
upacara perbomohan Main Teri dan menganalisis alasan tumbuhan tersebut digunakan. Penghujahan di sini ialah
kepercayaan magis mendasari kegunaan tumbuhan dalam upacara Main Teri. Perbincangan ini diasaskan kepada
data daripada kajian yang dilakukan di Kelantan sejak tahun 1989 hingga ke tahun 2009 dengan menggunakan
kaedah pemerhatian dan temu bual mendalam. Didapati tumbuhan yang banyak digunakan semasa upacara Main
Teri ialah padi (Oryza sativa Linn.), sirih (Piper betle Linn.), pinang (Areca catechu Linn.), kunyit (Curcuma
domestica Valeton), kemenyan (Styrax benzoin Dryander), bunga cempaka (Michelia champaca Linn.), bunga
kenanga (Canangium odoratum Baill.), bunga tanjung (Mimusops elengi Linn.) bunga melor (Jasminum sambac
Ait.) dan kelapa(Cocos nucifera Linn.). Tumbuhan ini digunakan untuk tujuan mengenal pasti penyakit, mengetahui
kemampuan bomoh mengubati dan mengeluarkan penyakit daripada tubuh pesakit dan sebagai bahan persembahan
kepada makhluk ghaib. |
---|