Refleksi penyataan psikologi abnormal dalam cerpen-cerpen remaja

Makalah ini akan mengemukakan kekerapan atau kecenderungan penyataan psikologi abnormal yang dicerminkan oleh pengarang sastera remaja dan punca tercetusnya keabnormalan manusia. Zaman remaja merupakan zaman transisi dari alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Menurut Kohlbergh dan Gilligan peringkat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mior Muhammad Saiful Nizan Muhd Saali, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Arba'ie Sujud
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5487/
http://journalarticle.ukm.my/5487/
http://journalarticle.ukm.my/5487/1/Refleksi_penyataan_psikologi_abnormal_dalam_cerpen-cerpen_remaja.pdf
Description
Summary:Makalah ini akan mengemukakan kekerapan atau kecenderungan penyataan psikologi abnormal yang dicerminkan oleh pengarang sastera remaja dan punca tercetusnya keabnormalan manusia. Zaman remaja merupakan zaman transisi dari alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Menurut Kohlbergh dan Gilligan peringkat zaman remaja dikatakan suatu tempoh ‘kemuncak keemosian’. Pendapat ini sesuai dengan Stanley Hall yang mengatakan zaman remaja sebagai zaman ‘storm and stress’. Huru-hara yang berlaku pada zaman ini katanya adalah hasil daripada perubahan-perubahan horman dan fizikal yang dialami oleh remaja yang kemudiannya menghasilkan tekanan-tekanan emosi dan konflik psikologi. Lantaran itu, fenomena dunia remaja tersebut banyak dirakamkan oleh pengarang karya sastera remaja. Pelbagai tingkah laku remaja dicerminkan baik positif mahupun negatif. Ekoran gagal mengawal diri maka lahirlah pelbagai penyataan psikologi abnormal.