Infeksi entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar dalam kalangan kanak-kanak orang asli di Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan (Entamoeba histolytica and/or entamoeba dispar infection amongst the Orang Asli children at Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan)

Entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar merupakan protozoa usus yang mempunyai prevalens infeksi yang tinggi dalam kalangan masyarakat pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli. Ia tersebar secara meluas di kawasan tropika dan subtropika serta di negara membangun berbanding negara maju...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mariam Ahmad Zawawi, Mohamed Kamel Abd. Ghani, Hartini Yusof, Norhisham Haron, Geishamini Gopal, Hidayatulfathi Othman
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5471/
http://journalarticle.ukm.my/5471/
http://journalarticle.ukm.my/5471/1/07%2520Mariam.pdf
Description
Summary:Entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar merupakan protozoa usus yang mempunyai prevalens infeksi yang tinggi dalam kalangan masyarakat pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli. Ia tersebar secara meluas di kawasan tropika dan subtropika serta di negara membangun berbanding negara maju. Sebanyak 111 sampel feses kanak-kanak Orang Asli daripada suku kaum Jahai telah diterima dan disaring untuk entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar menggunakan kaedah apusan langsung yang memberi hasil positif terhadap 43 sampel atau 38.7%. Oleh sebab amaun sampel yang diterima adalah sedikit, hanya 66 sampel feses sahaja yang dapat diperiksa menggunakan tiga jenis teknik diagnostik berbeza iaitu apusan langsung, kepekatan formalin-eter dan pewarnaan trikrom. Hasil kajian mendapati, prevalens yang tinggi bagi infeksi entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar iaitu 50% menggunakan ketiga-tiga teknik diagnosis. Prevalens infeksi yang tinggi juga turut ditunjukkan pada kanak-kanak perempuan iaitu 62.5% berbanding kanak-kanak lelaki 30.8% (p<0.05). Selain itu, daripada segi umur, kanak-kanak yang berumur 7-9 tahun adalah lebih terdedah kepada infeksi entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar dengan prevalens 60.7% (p>0.05). Teknik pewarnaan trikrom menunjukkan pengesanan 100% ke atas infeksi entamoeba histolytica dan/ atau entamoeba dispar, diikuti teknik kepekatan formalin-eter 78.8% dan apusan langsung 72.7%. Prevalens infeksi entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Sungai Rual ini berhubungkait dengan pelbagai faktor iaitu status sosioekonomi yang rendah, kekurangan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan serta kebersihan diri yang rendah. Peningkatan prevalens infeksi dalam kajian ini juga menunjukkan pentingnya penggunaan teknik diagnostik yang lebih berkesan dalam pemeriksaan rutin bagi mendapatkan hasil diagnosis yang lebih tepat.