Model kerangka metodologi penentuan isi kandungan pelan strategik teknologi maklumat Institusi Pendidikan Tinggi Awam
Dalam makalah ini mencadangkan bagaimana isi kandungan pelan strategik teknologi maklumat (Information Technology Strategic Planning - ITSP) dalam sesuatu organisasi terutamanya institusi pendidikan tinggi awam boleh ditentukan ketika ingin membangunkan pelan strategik tersebut. Pelaksanaan ITSP ad...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2008
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5049/ http://journalarticle.ukm.my/5049/ http://journalarticle.ukm.my/5049/1/03.pdf |
Summary: | Dalam makalah ini mencadangkan bagaimana isi kandungan pelan strategik teknologi maklumat (Information Technology Strategic Planning - ITSP) dalam sesuatu organisasi terutamanya institusi pendidikan tinggi awam boleh ditentukan ketika ingin membangunkan pelan strategik tersebut.
Pelaksanaan ITSP adalah penting dan amat diperlukan oleh institusi pendidikan bagi menghadapi persaingan yang tinggi dan kesan perubahan teknologi maklumat yang pantas. Model kerangka isi kandungan ITSP ini dapat dibangunkan melalui perbandingan prosedur elemen proses terhadap beberapa garis panduan ITSP terpilih. Analisis telah dilakukan daripada beberapa garis panduan ITSP yang terpilih dan hasil keputusan iaitu prosedur terbaik untuk elemen proses pelan strategik dan keserasian isi kandungan ITSP organisasi telah dikenal pasti. Melalui kajian empirik, soal selidik kajian
telah dihasilkan dan dituju kepada pakar IT dalam agensi kerajaan, institusi tinggi awam dan swasta untuk menilai sampel item isi kandungan pelan strategik yang disarankan. Model kerangka ini dapat membantu untuk membangunkan rangka kerja ITSP institusi pendidikan awam yang baru dalam mengurus prasarana IT dengan lebih efektif dan efisien. |
---|