Penilaian kepenggunaan reka bentuk antara muka perisian kursus matematik Sekolah Bestari

Perisian kursus Matematik Sekolah Bestari telah diperkenalkan kepada 92 buah sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Projek Rintis Sekolah Bestari. Teknik penilaian empirik ujian pengguna melalui pemerhatian dengan menggunakan perakam video dibangunkan bertujuan untuk menilai kepenggunaa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azizah Jaafar, Halimah Badioze Zaman, Tengku Mohd Tengku Sembok
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2006
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5037/
http://journalarticle.ukm.my/5037/
http://journalarticle.ukm.my/5037/1/04-Jamaludin.pdf
Description
Summary:Perisian kursus Matematik Sekolah Bestari telah diperkenalkan kepada 92 buah sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Projek Rintis Sekolah Bestari. Teknik penilaian empirik ujian pengguna melalui pemerhatian dengan menggunakan perakam video dibangunkan bertujuan untuk menilai kepenggunaan antara muka perisian kursus Sekolah Bestari. Teknik ini dinamakan Penerokaan Analisis Tugasan (PAT). Di samping kaedah pemerhatian, soal selidik juga digunakan. Petunjuk kepenggunaan yang digunakan dalam kajian ini ialah masa dan masalah kepenggunaan. Persepsi pengguna terhadap beberapa aspek utama perisian kursus Sekolah Bestari juga diambil kira sebagai petunjuk kepenggunaan. Petunjuk kepenggunaan yang diperoleh dalam kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk menguji dan membandingkan keberkesanan teknik penilaian kepenggunaan lain yang digunakan dalam proses penilaian antara muka perisian kursus bagi mata pelajaran yang sama.