Memperkasakan pengetahuan agama dalam kalangan remaja bermasalah tingkah laku: ke arah pembentukan akhlak remaja sejahtera.
Dalam usaha untuk menjulang imej dan kualiti hidup remaja, pembangunan remaja dari pelbagai aspek khususnya memperkasakan akhlak dan jati diri mereka seharusnya menjadi agenda utama negara. Pengetahuan dan didikan agama mampu menjadi perisai untuk menghalang mereka daripada terjebak dengan gejala so...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5017/ http://journalarticle.ukm.my/5017/ http://journalarticle.ukm.my/5017/1/fauziah012.pdf |
Summary: | Dalam usaha untuk menjulang imej dan kualiti hidup remaja, pembangunan remaja dari pelbagai aspek khususnya memperkasakan akhlak dan jati diri mereka seharusnya menjadi agenda utama negara. Pengetahuan dan didikan agama mampu menjadi perisai untuk menghalang mereka daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat dan merosakkan akhlak dan minda mereka. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan agama dalam kalangan remaja yang terlibat dengan masalah tingkah laku yang menyalahi undang-undang negara dan kini sedang ditahan untuk rawatan pemulihan akhlak di tiga buah sekolah pemulihan akhlak terpilih di Malaysia. Kajian telah dijalankan bermula pada bulan Jun hingga Julai 2011 dengan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Seramai 200 orang remaja bermasalah akhlak berusia lingkungan umur 13-21 tahun telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak sistematik. Soal selidik kajian dibina sendiri hasil daripada literatur dengan memperolehi nilai kebolehpercayaan .63. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan „SPSS for Windows‟ dan dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif. Hasil kajian mendapati majoriti remaja bermasalah akhlak yang terlibat dengan kajian ini menunjukkan mereka mempunyai tahap pengetahuan keagamaan pada tahap sederhana. Hasil kajian seterusnya dilihat mampu memberi sumbangan yang signifikan ke arah usaha membantu negara untuk mencari formula yang lebih strategik bagi tujuan memulihkan dan seterusnya memperkasakan sahsiah remaja dari segi akhlak dan moralnya berasaskan nilai-nilai keagamaan |
---|