Peluasan makna alim: analisis semantik kognitif
Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar bukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasa dan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yang memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4918/ http://journalarticle.ukm.my/4918/ http://journalarticle.ukm.my/4918/1/pp%2520457_473.pdf |
Summary: | Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar
bukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasa
dan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yang
memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu yang ingin diketengahkan
dalam kajian ini adalah sesetengah kosa kata Arab telah mengalami peluasan makna dan
makna yang asal tidak lagi menjadi teras. Perubahan ini berlaku ekoran daripada
penggunaannya mengikut konteks dan sosiobudaya Melayu. Entri yang dikaji adalah
entri ‘alim’ dan pemilihan entri ini daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), adalah
berdasarkan pemilihan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihat
sejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 data
konkordans ‘alim’ di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telah
dianalisis. Analisis mendapati bahawa makna ‘alim’ telah meluas kepada makna-makna
lain dan berbeza dengan dapatan kamus (Kamus Dewan Ed-ke 4, 2007). Setiap peluasan
ini adalah bermotivasi dan bukan wewenang. Berteraskan teori semantik kognitif dengan
memanfaatkan teori prototaip, kategori jaringan radial, skema imej, metafora konsepsi
dan metonimi setiap motivasi peluasan makna dapat dijelaskan secara berpada. |
---|