Impak latihan terhadap perbezaan upah antara bandar terpilih di Malaysia.

Latihan memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan upah pekerja. Namun demikia ketakseimbangan mendapatkan peluang latihan dalam kalangan pekerja boleh menimbulkan masalah perbezaan upah. Peluang latihan adalah berbeza mengikut wilayah dan amat bergantung kepada tahap pembangunan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor, Noris Fatilla Ismail
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4738/
http://journalarticle.ukm.my/4738/
Description
Summary:Latihan memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan upah pekerja. Namun demikia ketakseimbangan mendapatkan peluang latihan dalam kalangan pekerja boleh menimbulkan masalah perbezaan upah. Peluang latihan adalah berbeza mengikut wilayah dan amat bergantung kepada tahap pembangunan sesebuah wilayah itu. Wilayah yang lebih maju, cintohnya mempunyai syarikat yang lebih besar dan peluang latihan yang lebih banyak dibandingkan dengan wilayah kurang maju. Kesan daripada keadaan ini berlakulah perbezaan upah antara wilayah mahupun antara bandar dalam wilayah yang berbeza.Kertas ini bertujuan menganalisis impak latihan terhadap tingkat dan perbezaan upah pekerja mengikut bandar-bandar terpilih di Malaysia.Bandar-bandar ini mewakili tiga wilayah yang berbeza iaitu lembah Klang mewakili wilayah tengah,Johor Bahru mewakili wilayah selatan dan Pulau Pinang mewakili wilayah utara. Analisis berasaskan kepada data 488 orang pekerja dalam sektor perhotelan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah dikutip pada tahun 2008/2009 melalui borang soal selidik. Dalam analisis ini program latihan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu yang dikendalikan oleh pembangunan sumber manusia Berhad (PSMB) dan yang bukan dikendalikan oleh PSMB. Model upah pekerja secara keseluruhan dan mengikut bandar dianggarkan bagi mengenal pasti faktor penentu tingkat upah. Selanjutnya, model penghuraian perbezaan upah multilateral digunakan dalam melihat faktor penentu perbezaan upah pekerja antara bandar-bandar berkenaan. hasil kajian ini mendapati latihan dibawah PSMB hanya mempengaruhi tingkat dan perbezaan upah pekerja di Lembah Klang.Tetapi latihan bukan dibawah PSMB mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap upah [pekerja sisemua bandar. Faktor lain yang penting dalam mempengaruhi perbezaan upah antara bandar-bandar yang dipilih adalah tahun bersekolah, pengalaman kerja dan kategori pekerjaan.