Faktor yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong antarabangsa: suatu ulasan (Factors influencing revisit by international tourists: A review)

Faktor penentu yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong antarabangsa adalah penting untuk dikaji dalam usaha membangunkan sebuah destinasi pelancongan. Kunjungan ulangan bermaksud kecenderungan pelancong untuk membuat lawatan semula ke sesuatu destinasi pelancongan yang sama. Konsep kunjungan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: New, Gaik Ling, Jabil Mapjabil
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4628/
http://journalarticle.ukm.my/4628/
http://journalarticle.ukm.my/4628/1/1_geografia-APR%25202012-mad%2520jabil-usm-melayu-kat.pdf
Description
Summary:Faktor penentu yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong antarabangsa adalah penting untuk dikaji dalam usaha membangunkan sebuah destinasi pelancongan. Kunjungan ulangan bermaksud kecenderungan pelancong untuk membuat lawatan semula ke sesuatu destinasi pelancongan yang sama. Konsep kunjungan ulangan boleh diteliti dari aspek pengalaman masa lalu yang terdiri daripada tiga elemen iaitu keakraban, kepakaran dan pembelian atau penggunaan pada masa lalu. Kunjungan ulangan pelancong ke sesebuah destinasi boleh dibahagikan kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman terdiri daripada empat faktor iaitu psikologi, fizikal, hubungan tindak balas dan penjelajahan / tinjauan. Manakala faktor luaran pula dibahagikan kepada faktor tangible dan intangible. Pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi pelancongan, pihak kerajaan dan swasta perlu bekerjasama secara bersepadu dan peka dengan faktor-faktor penentu yang mempengaruhi lawatan ulangan pelancong antarabangsa ke sesuatu destinasi pelancongan. Dari segi implikasi dasarnya, langkah dan usaha penambahbaikan harus dilaksanakan dari semasa ke semasa agar berupaya meningkatkan ketibaan ulangan pelancong antarabangsa ke negara ini.