Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu

Amalan perancang keluarga yang berkesan masih merupakan masaalah yang besar di Daerah Hulu Terengganu.Pada tahun 1999, 6 kematian ibu bersalin telah berkaku di daerah ini. Dari bilangan tersebut 5 dari nya adalah dari gulungan ibu-ibu berisiko tinggi dinama hanya seorang sahaja yang pernah mengamalk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lijah A., Junaimi M., Naemah Y., Bibah B.
Format: Article
Published: Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia 2001
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4397/
http://journalarticle.ukm.my/4397/
id ukm-4397
recordtype eprints
spelling ukm-43972012-04-17T07:06:58Z http://journalarticle.ukm.my/4397/ Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu Lijah A., Junaimi M., Naemah Y., Bibah B., Amalan perancang keluarga yang berkesan masih merupakan masaalah yang besar di Daerah Hulu Terengganu.Pada tahun 1999, 6 kematian ibu bersalin telah berkaku di daerah ini. Dari bilangan tersebut 5 dari nya adalah dari gulungan ibu-ibu berisiko tinggi dinama hanya seorang sahaja yang pernah mengamalkan perancang keluarga.Kajian ini dilakukan di Daerah Hulu Terengganu untuk mengkaji sebab-sebab ibu berisiko tinggi tidak mengamalkan perancang keluarga. Seramai 200 pasangan ibu berisiko tinggi dari semua klinik kesihatan diseluruh daerah ini telah dipilih sebagai sasaran. Pilihan dilakukan secara persampelan sistematik (systematic sampling) Borang soal-selidik digunakan sebagai alat untuk mengutip data. Borang-borang yang berlainan antara suami dan isteri diedarkan untuk di isi sendiri oleh mereka, kemudian nya dikutip semula oleh pemungut data yang terdiri dari jururawat dan Pengawas Kesihatan Awam.Borang-borang tersebut dibentuk berdasarkan dari hasil perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion) yang dtelah dilakukan di Daerah Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.Hasil kajian telah mendapati 26% sahaja ibu-ibu tersebut yang mengamalkan perancang keluarga secara berkesan.Pengetahuan tentang konsep sebenar perancang keluarga amat rendah dikalangan ibu-ibu ini dan pasangan masing-masing menyebabkan mereka tidak mengamalkan perancang keluarga. Berbagai alasan yang telah diberikan untuk tidak mengamalkan malah 27.5% dari suami memberi alasan sebagai pil yang dimakan tidak hancur, 12%-13.5% suami dan isteri mengatakan yang ianya dilarang oleh agama., 4.5%-14% Suami dan isteri mengatakan mereka mahukan anak ramai, 24.5% dari isteri pula takutkan kesan sampingan dan 24.5% lagi isteri mengatakan mereka dilarang oleh suami atau mertua. Jarak rumah kekemudahan kesihatan, kemudahan pengankutan dan taraf pendidikan mereka tidak memberi pengaruh kepada mereka untuk mengamalkan perancang keluarga. Ini telah didapati dimana 68.6% ibu-ibu ini tinggal kurang dari 2km dari kemudahan kesihatan, masih tidak mengamalkan manakala sejumlah 45.8% yang mempunyai kenderaan sendiri juga tidak mengamalkan perancang peluarga.Walaupun suamiisteri ini mempunyai pendidikan , mereka masih tidak mengamalkan. Dari aspek komunuikasi, didapati sejumlah 75.6% pasangan yang mengamalkan pernah berbincang tentang perancang keluarga manakala hanya 49.1% pasangan yang tidak mengamalkan pernah berbincang tentang ini.Kesimpulan nya, pengetahuan yang jelas tentang konsep sebenarnya perancang keluarga dan pentingnya perbincangan antara suami-isteri mengenai perkara ini adalah antara faktor-faktor terpenting dalam amalan perancang keluarga bagi ibu-ibu berisiko tinggi, di Daerah Hulu Terengganu. Oleh itu satu strategi yang baik hendaklah dibentuk, seterusnya dilaksanakan sepenuhnya untuk memberi penjelasan dan pendidikan kepada komuniti supaya amalan ini dapat dipertingkatkan. Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia 2001 Article PeerReviewed Lijah A., and Junaimi M., and Naemah Y., and Bibah B., (2001) Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 7 (S). ISSN 1675-1663 http://www.communityhealthjournal.org/detailarticle.asp?id=120&issue=Vol7(S):2001
repository_type Digital Repository
institution_category Local University
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Amalan perancang keluarga yang berkesan masih merupakan masaalah yang besar di Daerah Hulu Terengganu.Pada tahun 1999, 6 kematian ibu bersalin telah berkaku di daerah ini. Dari bilangan tersebut 5 dari nya adalah dari gulungan ibu-ibu berisiko tinggi dinama hanya seorang sahaja yang pernah mengamalkan perancang keluarga.Kajian ini dilakukan di Daerah Hulu Terengganu untuk mengkaji sebab-sebab ibu berisiko tinggi tidak mengamalkan perancang keluarga. Seramai 200 pasangan ibu berisiko tinggi dari semua klinik kesihatan diseluruh daerah ini telah dipilih sebagai sasaran. Pilihan dilakukan secara persampelan sistematik (systematic sampling) Borang soal-selidik digunakan sebagai alat untuk mengutip data. Borang-borang yang berlainan antara suami dan isteri diedarkan untuk di isi sendiri oleh mereka, kemudian nya dikutip semula oleh pemungut data yang terdiri dari jururawat dan Pengawas Kesihatan Awam.Borang-borang tersebut dibentuk berdasarkan dari hasil perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion) yang dtelah dilakukan di Daerah Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.Hasil kajian telah mendapati 26% sahaja ibu-ibu tersebut yang mengamalkan perancang keluarga secara berkesan.Pengetahuan tentang konsep sebenar perancang keluarga amat rendah dikalangan ibu-ibu ini dan pasangan masing-masing menyebabkan mereka tidak mengamalkan perancang keluarga. Berbagai alasan yang telah diberikan untuk tidak mengamalkan malah 27.5% dari suami memberi alasan sebagai pil yang dimakan tidak hancur, 12%-13.5% suami dan isteri mengatakan yang ianya dilarang oleh agama., 4.5%-14% Suami dan isteri mengatakan mereka mahukan anak ramai, 24.5% dari isteri pula takutkan kesan sampingan dan 24.5% lagi isteri mengatakan mereka dilarang oleh suami atau mertua. Jarak rumah kekemudahan kesihatan, kemudahan pengankutan dan taraf pendidikan mereka tidak memberi pengaruh kepada mereka untuk mengamalkan perancang keluarga. Ini telah didapati dimana 68.6% ibu-ibu ini tinggal kurang dari 2km dari kemudahan kesihatan, masih tidak mengamalkan manakala sejumlah 45.8% yang mempunyai kenderaan sendiri juga tidak mengamalkan perancang peluarga.Walaupun suamiisteri ini mempunyai pendidikan , mereka masih tidak mengamalkan. Dari aspek komunuikasi, didapati sejumlah 75.6% pasangan yang mengamalkan pernah berbincang tentang perancang keluarga manakala hanya 49.1% pasangan yang tidak mengamalkan pernah berbincang tentang ini.Kesimpulan nya, pengetahuan yang jelas tentang konsep sebenarnya perancang keluarga dan pentingnya perbincangan antara suami-isteri mengenai perkara ini adalah antara faktor-faktor terpenting dalam amalan perancang keluarga bagi ibu-ibu berisiko tinggi, di Daerah Hulu Terengganu. Oleh itu satu strategi yang baik hendaklah dibentuk, seterusnya dilaksanakan sepenuhnya untuk memberi penjelasan dan pendidikan kepada komuniti supaya amalan ini dapat dipertingkatkan.
format Article
author Lijah A.,
Junaimi M.,
Naemah Y.,
Bibah B.,
spellingShingle Lijah A.,
Junaimi M.,
Naemah Y.,
Bibah B.,
Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu
author_facet Lijah A.,
Junaimi M.,
Naemah Y.,
Bibah B.,
author_sort Lijah A.,
title Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu
title_short Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu
title_full Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu
title_fullStr Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu
title_full_unstemmed Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu
title_sort kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah hulu terengganu
publisher Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2001
url http://journalarticle.ukm.my/4397/
http://journalarticle.ukm.my/4397/
first_indexed 2023-09-18T19:41:25Z
last_indexed 2023-09-18T19:41:25Z
_version_ 1777405615942926336