Klinik mesra - satu inovasi dalam perkhidmatan ibu dan anak di Klinik Kesihatan

Klinik Mesra adalah satu inovasi dalam memberikan perkhidmatan yang sedia ada. Pembaharuan yang dijalankan adalah dengan membuat perubahan kepada perkhidmatan sessi klinik yang telah ditetapkan di satu-satu hari tertentu, yang rigid, kepada satu perkhidmatan yang fleksibel. Ini bermakna...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, M.Y., Norliza, A., Judy, T., Napsiah, H., Scholastica, L.
Format: Article
Language:English
Published: Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia 2000
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4378/
http://journalarticle.ukm.my/4378/
http://journalarticle.ukm.my/4378/1/Vol6%28K%29-NorAzimi.pdf
Description
Summary:Klinik Mesra adalah satu inovasi dalam memberikan perkhidmatan yang sedia ada. Pembaharuan yang dijalankan adalah dengan membuat perubahan kepada perkhidmatan sessi klinik yang telah ditetapkan di satu-satu hari tertentu, yang rigid, kepada satu perkhidmatan yang fleksibel. Ini bermakna jadual sessi klinik yang telah ditetapkan kini telah dibuka kepada setiap hari, dimana setiap hari akan diadakan klinik yang terbuka dan tidak terhad kepada sesuatu perkhidmatan saja. Di samping itu, perkhidmatan yang mesra pelanggan juga telah diperkenalkan. Dalam pembaharuan ini, pelanggan boleh memilih hari dan masa yang sesuai bagi mereka untuk mendapatkan apajua perkhidmatan yang disediakan. Kemesraan antara kakitangan dan klien juga dipertingkatkan dengan memperkenalkan jagaan perseorangan. Ini membolehkan seorang anggota kesihatan memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya dari mula hingga akhir. Pendekatan ini bukan saja mengeratkan pehubungan kakitangan dengen klien, tetapi juga meningkatkan kualiti perkhidmatan. Melalui sistem ini anggota kesihatan dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dengan melihat masalah seseorang pelanggan tersebut secara lebih menyeluruh.