Keberkesanan proses pembelajaran menggunakan teknologi sidang video(The effectiveness of learning process using video conferencing technology)
Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya apabila pelajar menghadiri sesi sidang video. Soal selidik digunakan untuk memperoleh data dan seramai 226 responden menjawab borang soal selidik yang dihantar kepada mereka. Data telah dikumpul dan dianalisis...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4367/ http://journalarticle.ukm.my/4367/ http://journalarticle.ukm.my/4367/1/JP36%281%29%2520Chap%25206new.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya apabila
pelajar menghadiri sesi sidang video. Soal selidik digunakan untuk memperoleh data dan seramai
226 responden menjawab borang soal selidik yang dihantar kepada mereka. Data telah dikumpul dan
dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ANOVA sehala. Penyelidik menggunakan model proses
pembelajaran Gagne yang terdiri daripada sembilan fasa seperti motivasi, perhatian, jangkaan,
perolehan ingatan kembali, pemilihan persepsi, mengekod dan penyimpanan jangka panjang, gerak
balas/prestasi, maklum balas dan peneguhan serta generalisasi pembelajaran. Dapatan kajian mendapati
bahawa kebanyakan pelajar bersetuju bahawa proses pembelajaran berlaku semasa menghadiri sesi
sidang video dan fasa motivasi merupakan fasa yang paling penting terhadap penggunaan teknologi
sidang video dalam proses pembelajaran pelajar. Berdasarkan data yang diperoleh dan dianalisis,
beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan penggunaan media teknologi sidang video agar
lebih berkesan dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran. |
---|