Komunikasi budaya silang, kompetensi, pengajaran dan pembelajaran: satu analisis (Intercultural communication, competence, teaching and learning: an analysis)
Artikel ini mengkaji isu berkaitan kemampuan komunikasi budaya silang dan perkongsian maklumat pembelajaran di dalam kelas pelbagai budaya di Australia. Metodologi naratif personal dan autoethnography diguna pakai untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan pelajar dari sudut ba...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4366/ http://journalarticle.ukm.my/4366/ http://journalarticle.ukm.my/4366/1/JP36%281%29%2520Chap%25205new.pdf |
Summary: | Artikel ini mengkaji isu berkaitan kemampuan komunikasi budaya silang dan perkongsian maklumat
pembelajaran di dalam kelas pelbagai budaya di Australia. Metodologi naratif personal dan autoethnography
diguna pakai untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan pelajar
dari sudut bahasa seperti penggunaan perbendaharaan kata yang berbeza, slanga, simpulan bahasa dan
kata kunci dengan mengambil kira pengetahuan budaya yang diperlukan oleh pengajar dan pelajar yang
datang dari pelbagai negara dan budaya. Artikel ini membincangkan cabaran dan mencadangkan garis
panduan untuk mengatasi permasalahan komunikasi budaya silang. Aspek yang dilihat ialah konteks
kepentingan budaya pengajaran, kompetensi komunikasi, kurikulum tersembunyi, perancah pengajaran,
memahami keterbukaan terhadap budaya lain, mengiktiraf kekayaan dan pengalaman kepelbagaian
budaya pelajar yang relevan dari sudut akademik pengkhususan komunikasi. |
---|