Kesan strategi pembelajaran koperatif terhadap pencapaian geografi tingkatan satu – topik tumbuhan semula jadi dan hidupan liar (The impact of cooperative learning strategy on the geography achievement of form one: topics forest and the wild life)
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji penggunaan pembelajaran koperatif (PK) dalam mata pelajaran Geografi di sekolah menengah rendah dengan menggunakan struktur Jigsaw, Group Investigation dan Student Teams Achievement Division (STAD). Pembolehubah yang dikaji ialah peningkatan kemampuan guru di d...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4362/ http://journalarticle.ukm.my/4362/ http://journalarticle.ukm.my/4362/1/JP36%281%29%2520Chap%25201new.pdf |
Summary: | Penyelidikan ini bertujuan mengkaji penggunaan pembelajaran koperatif (PK) dalam mata pelajaran
Geografi di sekolah menengah rendah dengan menggunakan struktur Jigsaw, Group Investigation dan
Student Teams Achievement Division (STAD). Pembolehubah yang dikaji ialah peningkatan kemampuan
guru di dalam: (1) memotivasi pelajar dalam pembelajaran koperatif, (2) menstruktur pembelajaran
koperatif, dan (3) menilai proses aktiviti pembelajaran koperatif. Penyelidik juga mengkaji kesan
pembelajaran koperatif ke atas pencapaian Geografi pelajar dan mengkaji sikap pelajar terhadap mata
pelajaran Geografi sebelum dan selepas didedahkan dengan modul pembelajaran koperatif. Penyelidik
juga mengkaji kemampuan pelajar dalam kemahiran berkolaborasi iaitu: (1) kemahiran komunikasi,
(2) interaksi ahli-ahli kumpulan, dan (3) kemahiran koperatif. Kaedah kajian yang digunakan ialah
penyelidikan tindakan. Penyelidikan tindakan ini dilakukan secara berkolaboratif antara penyelidik
dan seorang guru Geografi, serta 25 orang pelajar tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains Mara Kuala
Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, ujian
pra dan pasca pencapaian Geografi, dan soal selidik untuk mengukur sikap pelajar terhadap Geografi
sebelum dan selepas menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil kajian tindakan yang
dijalankan menunjukkan bahawa kemampuan guru memotivasi pelajar dapat mewujudkan pergantungan
yang positif antara pelajar untuk berkomunikasi dan berkoperatif. Kemampuan guru menstruktur dan
menilai proses pembelajaran koperatif pula dapat meningkatkan interaksi antara pelajar dengan guru
yang mewujudkan peningkatan pencapaian Geografi dan kemahiran pelajar berkolaborasi. Keputusan
untuk sikap menunjukkan pelajar-pelajar telah berubah kepada sikap yang sangat positif terhadap
geografi dengan kaedah pembelajaran koperatif. Implikasi kajian tindakan ini antaranya adalah guru
perlu mengubah amalan kepada pengajaran dan pembelajaran menggunakan pembelajaran koperatif.
Seterusnya pelajar dalam pelbagai golongan boleh meningkatkan pencapaian Geogafi, perubahan sikap
terhadap Geografi dan memperlihatkan nilai sosial. |
---|