Analisis deskriptif e-Forum dalam pembelajaran kursus terjemahan di Universiti Kebangsaan Malaysia
E-pembelajaran tidak kira secara sepenuhnya atau secara gabungan (blending), memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Saranan dunia-tanpa kertas (paperless world) mungkin terlalu jauh untuk dicapai tetapi sebagai salah satu kae...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2007
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4243/ http://journalarticle.ukm.my/4243/ http://journalarticle.ukm.my/4243/1/page79_93.pdf |
Summary: | E-pembelajaran tidak kira secara sepenuhnya atau secara gabungan (blending),
memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam memastikan bahawa
objektif e-portal dapat dicapai. Saranan dunia-tanpa kertas (paperless world) mungkin
terlalu jauh untuk dicapai tetapi sebagai salah satu kaedah penyampaian maklumat untuk
memastikan e-masyarakat di kampus, e-forum boleh menjadi gandengan yang sesuai
dalam e-pembelajaran/pengajaran kerana penyertaan pelajar secara maya adakalanya
lebih berkesan berbanding perbincangan kelas secara kehadiran fizikal. Makalah ini akan
membuat analisis deskriptif satu e-forum dan pencapaian objektif perbincangan
berdasarkan tiga topik perbincangan e-forum kursus yang dipilih tersebut. Perbincangan
akan memfokus kepada kekerapan penyertaan pelajar, tahap keyakinan dan sumbangan
pelajar serta pencapaian objektif perbincangan. Analisis kualitatif ini akan mengaitkan
faktor-faktor seperti kemudahan dan kelebihan e-forum, kefahaman pelajar tentang tajuk
yang dibincangkan serta pencapaian matlamat perbincangan. Cadangan juga akan diberi
berdasarkan kesimpulan yang dibuat. |
---|