Impak program latihan pekerja sektor perhotelan, teknologi maklumat dan komunikasi
Menyemai modal insan yang berkualiti tinggi, berpengetahuan dan inovatif dengan moral and etika yang kukuh menjadi sumber baru untuk memacu pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara. Jesteru, Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) ditubuhkan pada 1992 untuk menjana pembelajaran berterusan...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4240/ http://journalarticle.ukm.my/4240/ http://journalarticle.ukm.my/4240/1/hair010_2.pdf |
Summary: | Menyemai modal insan yang berkualiti tinggi, berpengetahuan dan inovatif dengan moral and etika
yang kukuh menjadi sumber baru untuk memacu pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara.
Jesteru, Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) ditubuhkan pada 1992 untuk menjana
pembelajaran berterusan ditempat kerja dengan tujuan meningkatkan prduktiviti, pemindahan
teknologi dan inovasi pekerja. Pada 2002 ia telah dinamakan sebagai Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB). Semua majikan yang berdaftar dengan PSMB layak untuk menggunakan grant
latihan pekerja. Jumlah skim latihan yang diluluskan dan pembayaran semula grant latihan terus
meningkat dari tahun ke tahun. Kajian ini meneliti sejauhmana program latihan dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran, tingkahlaku kerja dan prestasi pekerja, dan apakah faktor berkaitan latihan
berpengaruh secara signifikan kepada prestasi pekerja dan syarikat. Hasil kajian ini berdasarkan data
yang dikutip menerusi soalselidik yang isi sendiri oleh 1,000 pekerja (30.4 peratus memberi
maklumbalas) syarikat perhotelan, resort, teknologi maklumat dan komunikasi di tiga buah negeri
terpilih. Hasil kajian menunjukkan, secara umumnya program latihan berupaya meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku kerja positif. Analisis regresi berbilang juga menyokong
hipotesis faktor berkaitan latihan mempunyai impak positif terhadap prestasi pekerja dan syarikat. |
---|