Analisis trend pengundian berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang 2009 diadakan pada 7 April 2009 kerana kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pilihan raya ini dikatakan dapat dijadikan pungutan suara rakyat sama ada menerima atau sebaliknya terhadap penubuhan kerajaan baru Negeri Perak dibawah pe...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4239/ http://journalarticle.ukm.my/4239/ http://journalarticle.ukm.my/4239/1/junaidi010.pdf |
Summary: | Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang 2009 diadakan pada 7 April 2009 kerana
kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pilihan raya ini dikatakan dapat
dijadikan pungutan suara rakyat sama ada menerima atau sebaliknya terhadap penubuhan
kerajaan baru Negeri Perak dibawah pemerintahan BN. Hasil kajian menunjukkan hampir
100 peratus responden etnik Melayu, Cina dan India menjadikan televisyen sebagai sumber
utama maklumat politik mereka. Dari segi kriteria calon pula, 72.1 peratus responden Cina
menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat berbanding Melayu (67.9 peratus) dan
India (47.9 peratus). 78.7 peratus responden Melayu, 81.6 peratus Cina dan 48.9 peratus
responden India bersetuju bahawa mereka tidak merestui wakil rakyat mereka berhenti dan
melompat parti. Persoalan mengenai krisis perlembagaan negeri Perak memperlihatkan
responden Melayu lebih cenderung menyokong Institusi Raja dan sebaliknya bagi responden
Cina dan India. Merujuk kepada jangkaan kemenangan parti, 27.0 peratus responden Melayu,
34.2 peratus Cina dan 57.3 peratus India menyatakan PAS akan menang berbanding dengan
45.5 peratus responden Melayu, 35.5 peratus (Cina) dan 20.8 peratus (India) menjangkakan
BN akan menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tersebut. Ketiga-tiga
kaum bersetuju Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak
akan dapat menerajui pembangunan negara dengan lebih inovatif dan progresif. |
---|