Pembangunan pelancongan dan perubahan komuniti nelayan di Pulau Redang.
Kajian ini cuba membuat penelitian mengenai dampak awal ke atas komuniti tempatan berikutan proses pembangunan pelancongan yang sedang dilaksanakan di Pulau Redang, Terengganu. Aspek kualiti hidup dan proses transformasi kehidupan harian yang dilalui adalah di antara perkara utama yang dibincangkan....
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2001
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4207/ http://journalarticle.ukm.my/4207/ |
Summary: | Kajian ini cuba membuat penelitian mengenai dampak awal ke atas komuniti tempatan berikutan proses pembangunan pelancongan yang sedang dilaksanakan di Pulau Redang, Terengganu. Aspek kualiti hidup dan proses transformasi kehidupan harian yang dilalui adalah di antara perkara utama yang dibincangkan. Hasil kajian yang dijalankan melalui kerja lapangan dengan kaedah tinjauan isi rumah menggunakan borang soal selidik sebagai sumber data utama mendapati komuniti nelayan tradisi Pulau Redang, yang sememangnya telah lama mimpikan perubahan kini mulai mendapat perhatian sewajarnya hasil arus pembangunan. Walau bagaimanapun, impaknya secara langsung masih belum terserlah. Hal ini kerana pembangunan pelancongan belum dapat membawa pulangan sosial dan ekonomi yang wajar kepada komuniti ini. Namun, secara tidak langsung ia telah dapat menarik perhatian ahli-ahli komuniti ini kepada pekerjaan baru di sektor pelancongan yang dianggap mempunyai masa depan yang lebih terjamin dan memupuk semangat baru untuk menyesuaikan diri dengan arus perubahan dan tatacara hidup yang baru. |
---|