Pembandaran dan kenaikan nilai harta tanah di Malaysia

Prestasi ekonomi yang memberangsangkan yang berpunca dari pertumbuhan sektor perindustrian telah mempercepat proses urbanisasi atau pembandaran di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia. Tahap serta kadar urbanisasi atau pembandaran yang terus meningkat telah menjana permintaan yang tinggi ke atas harta...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zainal Abidin Hashim
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2000
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4181/
http://journalarticle.ukm.my/4181/
Description
Summary:Prestasi ekonomi yang memberangsangkan yang berpunca dari pertumbuhan sektor perindustrian telah mempercepat proses urbanisasi atau pembandaran di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia. Tahap serta kadar urbanisasi atau pembandaran yang terus meningkat telah menjana permintaan yang tinggi ke atas harta tanah kediaman, perdagangan , perindustrian dan tanah pertanian dan meningkatkan bilangan transaksi dan nilai harta tanah. Semua ini meningkatkan harga harta tanah di lokasi yang pesat membangun. Artikel ini membuat satu kajian bandingan tentang bilangan transaksi dan nilai harta tanah. Semua ini meningkatkan harga harta tanah di lokasi yang pesat membangun. Artikel ini membuat satu kajian bandingan tentang bilangan transaksi dan nilai harta tanah dan seterusnya harga harta tanah di antara negeri-negeri di zon maju (Selangor dan Pulau Pinang) dengan negeri-negeri di zon kurang maju (Kelantan dan Terengganu). Hal ini berpunca daripada perbezaan tahap dan kadar urbanisasi dan perindustrian di antara negeri-negeri tersebut yang memberi tumpuan berbeza-beza ke atas sektor ekonomi negeri masing-masing. Artikel ini menunjukkan bahawa kesan daripada kenaikan harga harta tanah pada pokoknya menguntungkan pihak-pihak tertentu seperti spekulator, pemaju, institusi kewangan dan mereka yang terlibat dalam pembekalan harta tanah di pasaran manakala pengguna dan bakal pembeli terpaksa berbelanja lebih untuk memiliki harta tanah yang diingini.