Gerakan Darul Islam di Aceh 1953-1959

Makalah ini ialah suatu pemerian mengenai gerakan Darul Islam (D.I.) di Aceh antara tahun-tahun 1953-1959. Pemerian bermula dengan huraian yang ringkas mengenai cita-cita gerakan D.I., diikuti pula dengan penelitian terhadap masalah-masalah persiapannya, perkembangan dan kejatuhannya. Badan pejuang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Murat Mat Jan
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1976
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4045/
http://journalarticle.ukm.my/4045/
Description
Summary:Makalah ini ialah suatu pemerian mengenai gerakan Darul Islam (D.I.) di Aceh antara tahun-tahun 1953-1959. Pemerian bermula dengan huraian yang ringkas mengenai cita-cita gerakan D.I., diikuti pula dengan penelitian terhadap masalah-masalah persiapannya, perkembangan dan kejatuhannya. Badan pejuang D.I., iaitu Tentera Islam Indonesia (T.I.I.) tidak mampu menandingi pasukan Tentera Nasional Indonesia (T.N.I.) secara terbuka dan berhadapan, oleh itu T.I.I. terpaksa mengubah taktiknya kepada cara gerila dan keganasan. Perubahan ini mengakibatkan perpecahan di kalangan pemimpin-pemimpin D.I. - di satu pihak terdapat pemimpin-pemimpin yang ingin meneruskan perjuangan D.I., manakala di pihak kedua pula terdapat pemimpin-pemimpin yang inginkan keamanan Aceh semua. Keretakan di antara pemimpin-pemimpin D.I. ini dipergunakan oleh pemerintah Republik Indonesia bagi mengadakan rundingan yang akhirnya membawa kepada keamanan di Aceh semula.