Struktur famili dan tingkahlaku kekeluargaan di Selemak: satu kajian kes

Makalah ini merupakan satu pemerihalan mengenai struktur famili dan tingkahlaku kekeluargaan yang terdapat dalam sebuah komuniti tani Melayu di Selemak, Negeri Nembilan. Selemak adalah sebuah komuniti tani kecil, mengandungi rumahtangga-rumahtangga jenis matrilineal dan matrilocal. Di antara s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abu Hassan Othman
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1972
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4006/
http://journalarticle.ukm.my/4006/
Description
Summary:Makalah ini merupakan satu pemerihalan mengenai struktur famili dan tingkahlaku kekeluargaan yang terdapat dalam sebuah komuniti tani Melayu di Selemak, Negeri Nembilan. Selemak adalah sebuah komuniti tani kecil, mengandungi rumahtangga-rumahtangga jenis matrilineal dan matrilocal. Di antara sebuah rumahtangga dengan sebuah yang lain tidak jelas kelihatan sempadan sosial dan fizikalnya. Kampung dan famili adalah merupakan unit-unit sosial yang utama. Selain daripada menjadi anggota kelumpuk kampung atau famili, kedudukan individu dalam jalinan hubungan timbalbalik dalam kehidupan sosial komuniti adalah juga ditentukan oleh faktur-faktur seperti jantina dan umur, kekeluargaan, pekerjaan dan kekayaan dan sedikit-sedikit oleh kealiman dan pelajaran. Famili adalah juga merupakan unit sosial, ekonomi, politik dan agama dalam masyarakat. Dalam bentuk asasnya unit famili mengandungi anggota-anggota yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak yang belum berkahwin sama ada anak-anak itu merupakan anak kandungan atau pun anak ambilan. Di Selemak famili adalah berbentuk monogami. Terdapat rumahtangga yang didiami oleh unit famili asas sahaja dan juga rumahtangga yang didiami oleh beberapa buah famili. Biasanya famili luasan itu mengandungi anggota-anggota yang terdiri dari tiga atau empat generasi keturunan. Hubungan sosial di antara mereka terjalin melalui perkahwinan atau pun melalui ikatan darah. Di kalangan anggota-anggota dalam famili bukan sahaja terdapat hubungan kekeluargaan yang karib tetapi juga hak, tugas dan tanggungjawab timbal-balik yang meluas. Hubungan di antara suami dan isteri oleh kerana terlalu biasa kerap dianggap tidak penting. Pada prinsipnya isteri dijangkakan mematuhi apa-apa sahaja yang difikirkan baik oleh suaminya mengenai hal ehwal famili. Ia tidak akan membuat apa-apa keputusan terhadap sebarang perkara yang dilakukannya dengan individu-individu lain termasuk kaum keluarga sendiri. Dalam praktik hidup sehari-hari seorang suami itu akan didapati berbincang terlebih dahulu dengan isterinya mengenai sebarang tindakan yang hendak dilakukannya. Hubungan di antara ayah ibu dengan anak-anak adalah berasaskan kepada norma kehormatan dan ketaatan. Anak-anak dijangkakan menghormati dan mentaati serta mematuhi kata-kata ayah ibu. Adalah dianggap tidak sopan dan kurang budi jika terdapat kanak-kanak membantah kata-kata ayah ibu. Jika ada yang melakukan demikian kanak-kanak tersebut akan dikenakan hukuman. Walau bagaimana pun kedua-dua ayah ibu mempunyai tanggungjawab yang penuh untuk mengasuh dan mendidik anak-anak mereka. Ianya termasuklah didikan mengenai tingkahlaku yang sopan seperti menghormati orang tua. Ketaatan diutamakan; menjawab bila-bila ditanya dan apabila berjalan dihadapan orang tua tanpa meminta izin tidak disukai. Seorang kanak-kanak itu seharusnya berdiam apabila orang tua sedang bercakap. Hubungan diantara adik-beradik adalah juga dikawal oleh norma kehormatan dan ketaatan. Aband dan kakak dijangkakan dapat mengawal dan melindungi adik-adik mereka, terutamanya jika ayah ibu mereka telah mati atau pun tidak berupaya disebabkan oleh sakit atau kemalangan. Sebaliknya adik-adik pula dijangkakan memberikan kehormatan dan ketaatan kepada abang atau kakak. Kanak-kanak senantiasa diingarkan oleh folongan yang lebih tua akan tanggungjawab mereka diantara datu dengan yang lain dan juga terhadap ayah ibu mereka. Akhirnya di dalam jalinan hubungan sosial dan interaksi didalam famili ini rol datuk nenek tidak harus diperkecilkan. Intimasi dan persahabatan adalah ciri hubungan yang muncul di antara datuk nenek dengan cucu dan cicit mereka. Dalam komuniti ini datuk nenek biasanya dianggap sebagai golongan yang sangat memanjakan cucu dan cicit dan tindakan ini sering dianggap sebagai merosakkan kanak-kanak. Walau bagaimana pun kanak-kanak sering menganggap datuk nenek sebagai golongan yang bertimbang rasa, oleh itu mereka sering bergurau senda dengan datuk nenek. Sebaliknya mereka tidak mungkin atau jarang-jarang sekali berbuat demikian dengan ayah ibu mereka.