Kestabilan emulsi surfaktan bagi sistem ternari glucopone/IPM/air

Kajian ini memfokuskan kelakuan fasa bagi campuran tiga jenis Glucopone: Glucopone 215CS UP, Glucopone 600CS dan Glucopone 650EC dengan campuran isopropil miristat (lPM) dan air. Didapati bahawa gambarajah fasa yang diperolehi adalah berlainan di antara satu sama lain walaupun terangkum dalam kumpul...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Nurhanani Wan Mohd Nor, Shahidan Radiman, Nik Idris Nik Yusoff
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2005
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3959/
http://journalarticle.ukm.my/3959/
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kelakuan fasa bagi campuran tiga jenis Glucopone: Glucopone 215CS UP, Glucopone 600CS dan Glucopone 650EC dengan campuran isopropil miristat (lPM) dan air. Didapati bahawa gambarajah fasa yang diperolehi adalah berlainan di antara satu sama lain walaupun terangkum dalam kumpulan alkil poliglukosida yang sama tetapi berbeza campuran sebatian. Glucopone 215CS UP memberikan fasa emulsi dan gel, Glucopone 600CS memberikan fasa emulsi, gel dan lamella dan Glucopone 650EC pula memberikan fasa emulsi dan mikroemulsi. Berdasarkan indeks kestabilan emulsi, emulsi yang paling stabil kepada ketiga-tiga jenis Glucopone ini adalah pada lebihan IPM. Julat penghasilan fasa emulsi adalah dalam kurang daripada 20% Glucopone. Penghomogen digunakan dengan halaju 24 kHz memberikan saiz emulsi sekitar 1.0 μm yang mana saiz titisan adalah lebih kecil dan lebih stabil berbanding dengan saiz sekitar 4.0 µm yang dihasilkan dengan pengadun pusar dengan halaju 40