Sintesis nanozarah magnet ferum (III) oksida dengan kaedah acuan mikroemulsi

Sintesis nanozarah magnet ferum oksida secara acuan mikroemulsi dijalankan dalam kajian ini. Sistem mikroemulsi yang terdiri daripada esler sukrosa (SE1670S sebagai sutfaktan), heptanol (sebagai ko-sutfaktan), larutan akueus hidrazina hidrat (kepekatan yang berlainan) dan FeCl36H20 (0.5 M) disediaka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Chiu , Wee Siang, Shahidan Radiman, Abd. Shukor, R., Abdullah, M.. H., Khiew , Poi Sim, Huang , Nay Ming
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2005
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3952/
http://journalarticle.ukm.my/3952/
Description
Summary:Sintesis nanozarah magnet ferum oksida secara acuan mikroemulsi dijalankan dalam kajian ini. Sistem mikroemulsi yang terdiri daripada esler sukrosa (SE1670S sebagai sutfaktan), heptanol (sebagai ko-sutfaktan), larutan akueus hidrazina hidrat (kepekatan yang berlainan) dan FeCl36H20 (0.5 M) disediakan. Setelah campuran tersebut dihomogenkan, kation Fe3+ akan diturunkan oleh hidrazina hidrat menjadi mendakan ferum dan pertumbuhan nanozarah ini dikawal oleh mikroemulsi yang bertindak sebagai acuan tindakbalas. Nano zarah ferum kemudian dipanaskan pada suhu tinggi untuk membentuk ferum oksida. Pencirian secara kualitatif dan kuantitatif dilakukan melalui teknik mikroskopi elektron transmisi (TEM), analisis penyebaran tenaga sinar-X (EDAX) dan kajian magnetometer (VSM). Menurut mikrograf TEM, nanozarah ferum oksida ini mempamerkan morfologi yang berlainan apabila kepekatan hidrazina hidrat diubah. Analisis penyebaran tenaga sinar-X menunjukkan bahawa nisbah Fe kepada 0 ialah 1.48. Ini menunjukkan bahawa ia sepadan dengan formula empirik Fe2O3. Lengkung histerisis yang diperolehi melalui kajian magnetometer (VSM) mempamerkan ciri ferimagnet dengan nilai pemagnetan tepu 0.3 emu/g pada 300K.