Kesan in vivo ekstrak daun centella asiatica ke atas histologi testis dan kualiti sperma mencit

Kesan ekstrak berakua daun Centella asiatica telah dikaji ke atas proses spermatogenesis dan kualiti sperma mencit. Kajian dijalankan dengan memberikan tiga dos C. asiatica secara oral masing-masing; 25mg/kg, 50mg/ kg and 100mg/kg berat tubuh mencit setiap hari selama empat minggu. Kumpulan kawalan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mahanem Mat Noor, Norazalia Mohd Ali
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3891/
http://journalarticle.ukm.my/3891/
Description
Summary:Kesan ekstrak berakua daun Centella asiatica telah dikaji ke atas proses spermatogenesis dan kualiti sperma mencit. Kajian dijalankan dengan memberikan tiga dos C. asiatica secara oral masing-masing; 25mg/kg, 50mg/ kg and 100mg/kg berat tubuh mencit setiap hari selama empat minggu. Kumpulan kawalan diberikan larutan salin normal (0.9% NaCl). Pengurangan dalam bilangan dan motiliti sperma yang ketara telah diperhatikan pada semua kumpulan mencit yang diberikan ekstrak C. asiatica. Walau bagaimanapun pemberian ekstrak C. asiatica tidak mendatangkan kesan terhadap mortaliti dan morfologi sperma. Kajian histologi pula menunjukkan terdapat kesan perencatan sel-sel spermatogenik testis pada dos C. asiatica 100mg/kg di mana lumen pada tubul seminiferus hanya dipenuhi dengan sel-sel spermatosit dan spermatid. Hasil kajian menunjukkan tumbuhan ini mempunyai kesan antispermatogenik pada mencit. Oleh itu dicadangkan bahawa ekstrak daun C. asiatica mempunyai aktiviti antikesuburan pada mencit jantan.