Reologi adunan getah asli dan polietilena linear berketumpatan rendah berpengisi karbon hitam

Kajian reologi dan hubungannya dengan morfologi telah dilakukan ke atas adunan getah asli (NR)/ polietilena linear berketumpatan rendah (LLDPE) mengikut nisbah berat sebanyak 60/40. Getah asli cecair (LNR) telah digunakan sebagai pengserasi adunan NR/LLDPE dan karbon hitam (CR) digunakan sebagai pen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azizan Ahmad, Dahlan Hj. Mohd., Ibrahim Abdullah
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2003
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3856/
http://journalarticle.ukm.my/3856/
Description
Summary:Kajian reologi dan hubungannya dengan morfologi telah dilakukan ke atas adunan getah asli (NR)/ polietilena linear berketumpatan rendah (LLDPE) mengikut nisbah berat sebanyak 60/40. Getah asli cecair (LNR) telah digunakan sebagai pengserasi adunan NR/LLDPE dan karbon hitam (CR) digunakan sebagai pengisi penguat adunan. Proses pengadunan dilakukan pada suhu 140°C, kelajuan rotor 50 ppm dan selama 15 minit. Perubahan reologi pengadunan ditunjukkan oleh plastogram tork berfungsi masa adunan. Tork bagi adunan yang mengandungi getah asli cecair (LNR) semakin meningkat dengan masa berbanding dengan adunan tanpa LNR. Fenomena tersebut berlaku disebabkan oleh LNR telah bertindak sebagai agen pengserasi yang baik bagi adunan NR/LLDPE. Penambahan karbon hitam ke dalam adunan telah meningkatkan lagi interaksi antara NR dan LLDPE dan seterusnya meningkatkan kelikatan adunan. Kelikatan adunan NR/LNR/LLDPE/CB lebih tinggi berbanding adunan NR/LLDPE/CB. Disamping itu juga, morfologi yang mengandungi LNR adalah lebih baik berbanding dengan adunan tanpa LNR. Kesimpulannya terdapat hubungan yang jelas di antara reologi dan morfologi bagi adunan tersebut.