Biosensor potentiometrik untuk penentuan urea dan ketoksikan logam berat

Kajian reka bentuk biosensor potentiometrik untuk penentuan urea telah dilakukan dengan menggunakan membran metakrilat-akrilat sebagai matriks pemegunan. Dua jenis membran telah digunakan iaitu membran metakrilat­akrilat dengan komposisi metil metakrilat: n-butil akrilat = 2:8 yang digunakan dalam p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lee , Yook Heng, Loh , Han Chern, Musa Ahmad
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2003
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3855/
http://journalarticle.ukm.my/3855/
Description
Summary:Kajian reka bentuk biosensor potentiometrik untuk penentuan urea telah dilakukan dengan menggunakan membran metakrilat-akrilat sebagai matriks pemegunan. Dua jenis membran telah digunakan iaitu membran metakrilat­akrilat dengan komposisi metil metakrilat: n-butil akrilat = 2:8 yang digunakan dalam pemegunan ionofor H+ untuk pengesanan ion hidrogen dan membran polihidroksil etilmetakrilat yang digunakan untuk pemegunan enzim urease. Penggandingan kedua-dua membran ini dengan transduser potentiometrik dapat menghasilkan biosensor urea yang boleh digunakan untuk penentuan urea dalam pelbagai julat kepekatan bergantung kepada muatan larutan penimbal yang digunakan. Di samping itu, kajian terhadap kemungkinan biosensor urea dapat digunakan dalam analisis logam berat dan ketoksikan logam di persekitaran turut dilakukan.