Taburan formasi semantan Semenanjung Malaysia

Formasi Semantan merupakan jujukan batuan sedimen yang berusia Trias Tengah - Akhir di Jalur Tengah Semenanjung Malaysia. Jujukan ini terdiri daripada selang lapis batuan syal berkarbon, batu lodak, dan batu pasir yang kebanyakannya bertuf, serta terdapat kekanta konglomerat, batu kapur dan rijan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kamal Roslan Mohamed
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3711/
http://journalarticle.ukm.my/3711/
Description
Summary:Formasi Semantan merupakan jujukan batuan sedimen yang berusia Trias Tengah - Akhir di Jalur Tengah Semenanjung Malaysia. Jujukan ini terdiri daripada selang lapis batuan syal berkarbon, batu lodak, dan batu pasir yang kebanyakannya bertuf, serta terdapat kekanta konglomerat, batu kapur dan rijang dalam selang lapis ini. Syal adalah unit yang paling dominan dalam formasi ini. Jaafar Ahmad (1976) menamakan jujukan ini untuk kawasan Karak - Temerloh, tetapi jujukan yang serupa (dari segi litologi, paleontologi dan gaya struktur) juga ditemui di kawasan lain, tetapi dipanggil dengan nama lain. Dari hasil kajian menyeluruh yang telah dijalankan, didapati nama-nama unit batuan berikut atau sebahagian daripadanya mungkin merupakan penamaan yang serupa untuk Formasi Semantan, iaitu Siri Raub (Scrivenor 1911), Formasi Berkapur (Richardson 1939), Siri Berkapur (Richardson 1947), Siri Arenit Muda (Alexander 1958), sebahagian Kumpulan Raub (Alexander 1959), Formasi Jengka Pass (Ichikawa et al. 1966), Formasi Kerdau (Burton 1973a), sebahagian Formasi Jelai (Burton 1973a), Formasi Gemas (Lum 1977), Formasi Jurong (Burton 1973a) dan Siri Volkano Pahang (Hutchison 1973).