Paradigma baru dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial syarikat milik Kerajaan

Pembabitan syarikat berkaitan kerajaan (SBK) dalam tanggungjawab sosial adalah satu isu yang sukar dipastikan sempadannya. Matlamat untung tidak membenarkan perlakuan-perlakuan yang meningkatkan kos dan tidak menghasilkan nilai di kalangan entiti perniagaan. Walau bagaimanapun, syarikat milik keraja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3651/
http://journalarticle.ukm.my/3651/
http://journalarticle.ukm.my/3651/1/jademik81-3Bab%25209-lock.pdf
Description
Summary:Pembabitan syarikat berkaitan kerajaan (SBK) dalam tanggungjawab sosial adalah satu isu yang sukar dipastikan sempadannya. Matlamat untung tidak membenarkan perlakuan-perlakuan yang meningkatkan kos dan tidak menghasilkan nilai di kalangan entiti perniagaan. Walau bagaimanapun, syarikat milik kerajaan turut dikaitkan dengan keperluan untuk memberi tumpuan kepada motif-motif bukan-untung. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti perspektif baru tanggungjawab sosial bagi entiti bisnes yang dimiliki oleh pihak kerajaan (SBK) dalam kerangka masyarakat pluralistik yang berbilang peranan. Pemikiran ini bertujuan mengemukakan satu model alternatif yang dapat menjajarkan perlakuan SBK kepada matlamat untung tanpa menjejaskan keperluan menyumbang kepada matlamat sosiopolitik. Perbincangan konseptual ini mahu menonjolkan pemikiran baru tentang tanggungjawab sosial bagi entiti SBK secara berbeza daripada kebiasaan yang difahami dan diamalkan. Di samping itu, satu contoh operasi paradigm turut dibincangkan dengan menghurai program intrapreneur yang diamalkan Perbadanan Johor. Pembabitan korporat dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) tidak semestinya bermaksud berlaku dalam bentuk tidak produktif dan tidak komersil, sebaliknya konsep seperti `intrapreneur venture´ telah membolehkan SBK terlibat dalam model CSR bernilai tinggi dengan tidak mengabaikan motif untung dan kecekapan entiti. Sehubungan itu, pembabitan CSR bernilai tinggi dapat memberi faedah secara menang-menang kepada syarikat dan masyarakat.