Pengaruh suhu ke atas perkembangan larva lalat chrysomya megacephala (Fabricius) dan chrysomya rufifacies (Macquart) (Diptera: Calliphoridae): aplikasi dalam sains forensik
Chrysomya megacephala (Fabricius) dan Chrysomya rufifacies (Macquart) adalah merupakan dua spesies lalat penting yang boleh dijadikan sebagai penunjuk terbaik untuk menganggarkan selang masa kematian atau Post Mortem Interval (PMI) untuk kegunaan dalam sains forensik. Penentuan PMI adalah berdasarka...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2009
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3637/ http://journalarticle.ukm.my/3637/ http://journalarticle.ukm.my/3637/1/Pengaruh_Suhu_ke_Atas_Perkembangan_Larva_Lalat.pdf |
Summary: | Chrysomya megacephala (Fabricius) dan Chrysomya rufifacies (Macquart) adalah merupakan dua spesies lalat penting yang boleh dijadikan sebagai penunjuk terbaik untuk menganggarkan selang masa kematian atau Post Mortem Interval (PMI) untuk kegunaan dalam sains forensik. Penentuan PMI adalah berdasarkan kepada saiz dan peringkat perkembangan larva. Kajian perkembangan telur, larva dan pupa lalat Ch. megacepahala dan Ch. rufifacies dijalankan di bawah suhu 27ºC, 30ºC dan 33ºC di makmal dengan menggunakan kebuk pertumbuhann serangga. Data daripada kajian digunakan untuk menghasilkan satu graf pertumbuhan dan Jam Darjah Terkumpul (ADH) bagi kedua-dua spesies. Ch. megacephala mengambil masa selama 9.15 hari pada suhu 27ºC, 8.54 hari (30ºC) dan 6.76 hari (33ºC) untuk melengkapkan satu kitar hidup. Pada C. rufifacies pula, kitar hidupnya
lebih lama berbanding Ch. megacephala iaitu 9.92 hari pada suhu 27ºC, 9.13 hari (30ºC) dan 7.44 hari (33ºC). Telur bagi kedua-dua spesies menetas lebih cepat pada suhu 33ºC berbanding dua suhu yang lainnya. Nilai ADH yang rendah pada sesuatu suhu, menunjukkan sesuatu spesies lebih cepat
melengkapkan suatu kitar hidup. Penemuan ini berguna dalam
menganggarkan selang masa kematian bagi mayat yang dijumpai pada suhu persekitaran yang berlainan. |
---|