Kecelaruan psikogeriatrik di kalangan warga tua: satu kajian awal

Satu kajian awal bagi menyaring kecelaruan psikogeriatrik di kalangan warga tua telah dijalankan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan peratusan kes kecelaan kognitif, strok dan kemurungan dalam sampel populasi yang berumur di antara 60-89 tahun. Seramai 40 orang subjek dan pemberi m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ponnusamy Subramaniam, Azlina Wati Nikmat, Shazli Ezzat Ghazali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3630/
http://journalarticle.ukm.my/3630/
http://journalarticle.ukm.my/3630/1/Kecelaruan_Psikogeriatrik_di_Kalangan_Warga_Tua.pdf
Description
Summary:Satu kajian awal bagi menyaring kecelaruan psikogeriatrik di kalangan warga tua telah dijalankan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan peratusan kes kecelaan kognitif, strok dan kemurungan dalam sampel populasi yang berumur di antara 60-89 tahun. Seramai 40 orang subjek dan pemberi maklumat subjek di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Selangor dipilih. Alat penyaringan yang digunakan dalam kajian ini ialah Psychogeriatric Assessment Scale (PAS). Psychogeriatric Assessment Scale (PAS) terdiri daripada dua bahagian iaitu laporan subjek dan laporan pemberi maklumat subjek. Laporan subjek digunakan untuk menyaring kecelaan kognitif, strok dan kemurungan. Manakala laporan pemberi maklumat subjek digunakan untuk menyaring kemerosotan kognitif, strok dan perubahan tingkah laku subjek. Dapatan kajian menunjukkan peratusan kes kecelaan kognitif (lelaki 67% kes, perempuan 64.3% kes) dan strok (lelaki 75% kes, perempuan 64.3% kes) yang tinggi di kalangan subjek lelaki dan wanita. Terdapat juga hubungan yang signifikan di antara laporan subjek dengan laporan pemberi maklumat subjek mengikut setiap skala PAS. Alat ujian psikologi PAS mampu menyaring masalah psikogeriatrik di kalangan warga tua dan ketepatan penyaringan dapat dinilai dengan data pemberi maklumat daripada alat ujian PAS. Penyaringan psikogeriatrik adalah penting untuk mengenal pasti kehadiran kecelaan fungsi kognitif dan kemurungan di kalangan warga tua pada peringkat awal.