Trend hujan jangkamasa panjang dan pengaruhnya terhadap hakisan permukaan: Implikasinya kepada tapak kampus baru Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim
Hujan merupakan salah satu elemen penting dalam proses dan perubahan bentuk bumi. Penganalisisan terhadap data hujan akan dapat menentukan pelbagai impak yang berlaku di atas permukaan bumi seperti kadar luahan, aliran permukaan, air dalam tanah, hakisan tanih, meramalkan dan menetukan kejadian ba...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3608/ http://journalarticle.ukm.my/3608/ http://journalarticle.ukm.my/3608/1/5.geografia-peb%25202012-themed%2520issue-Mohmadisa-upsi-melayu-1-22.2.pdf |
Summary: | Hujan merupakan salah satu elemen penting dalam proses dan perubahan bentuk bumi. Penganalisisan terhadap data
hujan akan dapat menentukan pelbagai impak yang berlaku di atas permukaan bumi seperti kadar luahan, aliran
permukaan, air dalam tanah, hakisan tanih, meramalkan dan menetukan kejadian banjir. Trend jangka panjang dan
juga intensiti sering dikaitkan sebagai penyumbang kepada peningkatan kadar hakisan permukaan di kawasan yang
dibangunkan. Dalam penulisan ini, fokus diberikan kepada tindakan hujan terhadap masalah hakisan tanih yang
berlaku di tapak kampus baharu UPSI yang sedang dibangunkan. Penelitian terhadap ciri hujan, pengaruh angin
monsun, trend hujan jangkamasa panjang serta perkaitan hujan dengan kejadian hakisan dilakukan. Hasil kajian
menunjukkan trend hujan jangkamasa panjang di Tanjong Malim adalah meningkat dan sentiasa melebihi 2400 mm
setiap tahun. Kawasan kajian sedang dibangunkan terletak di kaki bukit dan Banjaran Titiwangsa sentiasa menerima
hujan lebat dengan jumlah yang tinggi dari jenis hujan bukit dan hujan perolakan. Selain itu, didapati bulan
November dan April merupakan bulan-bulan yang mempunyai purata hujan bulanan yang tinggi. Jumlah hujan yang
tinggi dan kerap menyumbang kepada kadar hakisan permukaan yang tinggi, menyebabkan banyak alur sungai
semulajadi tertimbus, terbentuk alur-alur baharu seperti galir dan galur serta berlakunya proses pemendapan di
kawasan sungai dan tasik. Analisis ciri-ciri hujan adalah sangat penting dalam menyediakan maklumat asas tentang
potensi hakisan serta pengekalan paras air dalam kawasan tadahan serta membantu pihak-pihak yang
bertanggungjawab dalam pembukaan kawasan tanah secara besar-besaran di kawasan ini. Ciri dan trend hujan yang
ditunjukkan dapat memberi gambaran tentang bagaimana aktiviti pembangunan yang ingin dijalankan perlu
dirancang terlebih dahulu agar kesan negatif seperti hakisan tanih dapat dikurangkan. |
---|