Pencapaian skim kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam lanskap pembangunan luar bandar: satu penilaian
Skim kredit pertanian sebagai mekanisma penting dalam pembangunan luar bandar telah lama dilaksanakan di kebanyakan negara sedang membangun, termasuk Malaysia sejak tahun 1960an lagi. Namun begitu peranan kredit sebagai senjata berkesan dalam pembasmian kemiskinan tidaklah begitu menonjol. Akan te...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3602/ http://journalarticle.ukm.my/3602/ http://journalarticle.ukm.my/3602/1/2.geografia-peb%25202012-themed%2520issue-zaini%2520omar-usm-melayu-1%255B1%255D.doc-22.2.pdf |
Summary: | Skim kredit pertanian sebagai mekanisma penting dalam pembangunan luar bandar telah lama dilaksanakan di
kebanyakan negara sedang membangun, termasuk Malaysia sejak tahun 1960an lagi. Namun begitu peranan kredit
sebagai senjata berkesan dalam pembasmian kemiskinan tidaklah begitu menonjol. Akan tetapi keadaan ini telah
berubah apabila Profesor Muhammad Yunus telah memperkenalkan skim kredit mikro menerusi model Bank
Grameen iaitu dengan merevolusikan "kredit sebagai hak asasi manusia" dan menjadikannya senjata berkesan dalam
memerangi kemiskinan luar bandar di Bangladesh. Inisiatif Bank Grameen telah diiktirafkan sebagai program
pembasmian kemiskinan yang paling berjaya pada dekad 1980an sehingga kini. Ini semakin terbukti apabila
pengasas Bank Grameen telah dianugerahkan dengan Hadiah Novel Untuk Keamanan (Nobel Peace Prize) atas
pencapaian cemerlang Bank Grameen. Skim kredit mikro Program Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM sebagai
agensi bukan kerajaan telah mengreplikasi model Bank Grameen di Malaysia sejak lewat tahun 1987 dan kini telah
beroperasi selama 24 tahun iaitu melebihi dua dekad. Sehubungan itu kertas ini bertujuan untuk menilai sejauh
manakah pencapaian AIM sehingga kini yang diukur berasaskan beberapa indikator pengukuran iaitu (i)
perkembangan cawangan, (ii) jangkauan keahlian dan modal yang dikeluarkan (iii) produk pinjaman dan (iv)
prestasi ekonomi dikalangan peserta program AIM. Pada umumnya skim kredit mikro AIM telah disifatkan sebagai
pelengkap kepada program pembasmian kemiskinan kerajaan. Ini disebabkan AIM telah turut sama-sama
memperjuangkan agenda kerajaan dalam konteks Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar
Wawasan Negara iaitu memerangi kemiskinan. |
---|