Aplikasi ujian kecerdasan kepada pelajar sekolah (Application of the intelligence tests to school students)

Faktor G merupakan ukuran kecerdasan am bagi tahap kognitif individu dalam aspek kehidupan. Kajian mendapati faktor G berkait rapat dengan kecemerlangan pelajar dalam akademik. Makalah konsep ini bertujuan menerangkan teori kecerdasan dan aplikasi ujian kecerdasan kepada pelajar sekolah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shafiza Mohamed, Siti Rahayah Ariffin
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3450/
http://journalarticle.ukm.my/3450/
Description
Summary:Faktor G merupakan ukuran kecerdasan am bagi tahap kognitif individu dalam aspek kehidupan. Kajian mendapati faktor G berkait rapat dengan kecemerlangan pelajar dalam akademik. Makalah konsep ini bertujuan menerangkan teori kecerdasan dan aplikasi ujian kecerdasan kepada pelajar sekolah. Penilaian kecerdasan intelek (IQ) melalui penaksiran akademik seperti ujian pencapaian tidak dapat membangunkan individu yang berjaya dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ujian kecerdasan merupakan satu kaedah yang sesuai untuk mengukur IQ pelajar. Didapati ujian kecerdasan yang ada tidak hanya mengukur aspek pengetahuan akademik sahaja, malahan juga mengukur faktor kognitif yang perlu dimiliki oleh seseorang individu. Aplikasi ujian kecerdasan sangat berguna untuk membangunkan potensi pembelajaran individu. Walau bagaimanapun, mekanisma untuk memberikan keputusan dalam ujian kecerdasan hendaklah dipiawaikan dan sah supaya dapat ditafsirkan dengan betul dan memberikan keputusan yang adil. Keputusan daripada ujian kecerdasan berguna untuk memberi maklum balas kepada pelajar dan juga mengambil tindakan susulan bagi intervensi dalam meningkatkan pembangunan kognitif pelajar.