Penggunaan facebook oleh Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (Engo) dalam menyampaikan mesej alam sekitar
Perkembangan Facebook telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelosok dunia. Kini, penggunaan Facebook bukan lagi hanya untuk berinteraksi secara peribadi, malah berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikan maklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun perkongsian...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3256/ http://journalarticle.ukm.my/3256/ http://journalarticle.ukm.my/3256/1/V27_2_9.pdf |
Summary: | Perkembangan Facebook telah mewujudkan fenomena yang
tersendiri di seluruh pelosok dunia. Kini, penggunaan Facebook
bukan lagi hanya untuk berinteraksi secara peribadi, malah
berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikan
maklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun
perkongsian gambar dan video. Dengan mengambil kira
perkembangan Facebook di negara ini, kajian ini cuba menghurai
penggunaan Facebook oleh 10 Badan Bukan Kerajaan Alam
Sekitar (ENGO) di Malaysia khususnya dalam menyampaikan
mesej alam sekitar kepada publik. Kajian ini juga dijalankan
untuk mengetahui pendekatan yang digunakan oleh ENGO dalam
mengumpul dan menyebarkan maklumat khusus organisasi,
mengenal pasti keberkesanan komunikasi dua hala dengan
khalayak sasaran melalui penggunaan Facebook dan mengetahui
tahap penggunaan Facebook dalam membantu ENGO dalam
menyampaikan mesej alam sekitar. Data dikumpul menggunakan
kaedah kualitatif melalui pendekatan wawancara mendalam (indepth interview) dan dianalisa menggunakan Teori Komunikasi Dialogik (Dialogic Communication Theory). Hasil kajian mendapati media sosial seperti Facebook dapat membantu ENGO di Malaysia menyebarkan mesej alam sekitar kepada masyarakat kerana ia lebih mudah diakses dan paling tinggi penggunaannya. |
---|