Ketidakseimbangan wilayah dan sektor berpotensi mentransformasikan sosioekonomi penduduk menggunakan pendekatan location quotient
Ketakseimbangan pembangunan wilayah berlaku akibat daya saing di wilayah kurang maju tidak dapat menyaingi daya saing di wilayah maju. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap fenomena ketakseimbangan pembangunan wilayah yang berlaku di Malaysia, iaitu antara wilayah maju dan wilayah kurang maju.Kajian...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3213/ http://journalarticle.ukm.my/3213/ http://journalarticle.ukm.my/3213/1/16.geografia-2011-4-sp-noraziah-ukm-1%5B1%5D.doc.pdf |
Summary: | Ketakseimbangan pembangunan wilayah berlaku akibat daya saing di wilayah kurang maju tidak dapat menyaingi daya saing di wilayah maju. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap fenomena ketakseimbangan pembangunan wilayah yang berlaku di Malaysia, iaitu antara wilayah maju dan wilayah kurang maju.Kajian ini juga cuba mengenalpasti industri atau sektor manakah yang mendatangkan faedah berbanding kepada wilayah atau negeri yang dikaji. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah mengaplikasikan
teknik location quotient (LQ). Pengiraan indeks ini melibatkan dua tempoh masa dan dua pembolehubah
yang berbeza. Bagi tempoh masa pertama iaitu 1970 - 1990, data pengeluaran sektor pertanian,perlombongan dan kuari, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan digunakan untuk mengira koefisien LQ. Bagi tempoh masa kedua pula iaitu 2003 - 2006, pembolehubah guna tenaga bagi lima sektor yang
serupa telah diaplikasikan. Enam wilayah yang terdiri daripada Wilayah Tengah, Wilayah Utara, Wilayah
Timur, Wilayah Selatan, Sabah dan Sarawak telah diambil kira dalam pengiraan indeks LQ tersebut.Manakala pengiraan indeks LQ ke atas dua buah negeri maju membabitkan negeri Selangor dan Melaka,sementara dua negeri kurang maju adalah Terengganu dan Pahang. Analisis LQ ini mencadangkan bahawa
bagi tempoh 1970 - 1990 dan 2003 - 2006, aktiviti ekonomi di wilayah kurang maju iaitu di Wilayah Timur, Sabah dan Sarawak adalah tertumpu dalam sektor pertanian. Sementara itu, bagi wilayah maju seperti Wilayah Tengah aktiviti ekonominya lebih tertumpu kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan.Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa negeri kurang maju (Terengganu dan Pahang)
mempunyai ciri aktiviti yang serupa dengan wilayah kurang maju, iaitu aktiviti ekonomi yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian, perlombongan dan kuari. Sebaliknya, aktiviti ekonomi negeri Selangor dan Melaka didapati mirip atau sama seperti aktiviti ekonomi di wilayah maju. Untuk membolehkan negeri mundur mencapai tahap yang sama seperti negeri maju, analisis LQ mencadangkan agar negeri mundur
mengembangkan sektor ekonomi seperti sektor pembuatan dan pembinaan sebagai salah satu cara ke hadapan untuk meningkatkan pendapatan penduduk. |
---|