Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor mempengaruhi wujudnya kemudahsampaian, infrastruktur dan pembangunan. Justeru pembangunan Pulau Pangkor dalam bidang pelancongan telah mendapat sokongan, galakan dan intensif yang istimewa daripada kerajaan. Hasil penemuan kajian, melalui persepsi dan tingkat kepuasan pelancong mengena...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rosniza Aznie Che Rose
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3210/
http://journalarticle.ukm.my/3210/
http://journalarticle.ukm.my/3210/1/13.geografia-2011-4-sp-aznie-pelancong-1.pdf
Description
Summary:Pulau Pangkor mempengaruhi wujudnya kemudahsampaian, infrastruktur dan pembangunan. Justeru pembangunan Pulau Pangkor dalam bidang pelancongan telah mendapat sokongan, galakan dan intensif yang istimewa daripada kerajaan. Hasil penemuan kajian, melalui persepsi dan tingkat kepuasan pelancong mengenal pasti nilai ambang yang menunjukkan banyak ketidak puasan hati para pengunjungnya terutama pada waktu puncak. Melalui kaedah penilaian keupayaan daya tampung membayangkan bahawa terdapat had ambang terhadap penggunaan, jika terlampau maka keadaan di persisiran pantai akan terjejas,kemudahan-kemudahan akan menjadi tepu dan rasa puas hati di kalangan pengunjung akan hilang. Ini merupakan ciri-ciri utama bagi sektor pelancongan yang mampan dan harus dipelihara. Lazimnya setiap penggunaan manusia terhadap alam sekitar semula jadi akan mengakibatkan beberapa perubahan kepada alam sekitarnya. Tumpuan konsep ini ialah mengenal pasti persepsi dan tingkat kepuasan pelancong melalui kaedah penelitian keupayaan daya tampung fizikal di Pulau Pangkor; iaitu berapa banyak perubahan yang boleh diterima bagi sesuatu persekitaran dan mengutarakan atau menghadkan kesan-kesan buruk terhadap persekitaran pantai di Pulau Pangkor