Pembangunan dan pola pengundian dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan

Pilihan raya kecil Manek Urai 2009 diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)dari PAS iaitu Haji Ismail Yaacob pada bulan Mei 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan. PAS berjaya mengekalkan kemenangan di DUN tersebut melalui calonnya Mohd. Fauzi Abdullah yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3200/
http://journalarticle.ukm.my/3200/
http://journalarticle.ukm.my/3200/1/3.geografia-2011-4-sp-fuad_jali-ukm-1-EDITED_ROSMIZA-24.10.pdf
Description
Summary:Pilihan raya kecil Manek Urai 2009 diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)dari PAS iaitu Haji Ismail Yaacob pada bulan Mei 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan. PAS berjaya mengekalkan kemenangan di DUN tersebut melalui calonnya Mohd. Fauzi Abdullah yang menewaskan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat namun mengalami kemerosotan sebanyak 1287 undi. Sokongan BN bertambah sebanyak 889 undi dan ini menunjukkan pengundi muda yakin terhadap BN.Kejayaan BN menguasai hampir semua undi daripada saluran tiga dan empat menggambarkan pengundi muda mula memberi kepercayaan kepada Kerajaan Pusat untuk membawa pembangunan ke Manek Urai, yang sebahagian besar penduduk bekerja sebagai penoreh getah, pekebun kecil kelapa sawit dan buahbuahan serta bekerja sendiri. Faktor kejayaan BN mengurangkan majoriti kemenangan PAS ialah kemampuan BN menyusun strategi yang baik untuk menawan hati pengundi, dan kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak sendiri menunjukkan komitmen tinggi menyelesaikan setiap isu rakyat yang berbangkit sebelum ini.