Pengaruh nasionalisme Melayu mewarnai budaya politik Melayu dalam UMNO

Artikel ini bertujuan meneliti aliran ideologi nasionalisme Melayu dalam budaya politik sejak tahun 1920-an sehingga tercetusnya krisis dalam UMNO pada tahun 1987. Fokus penelitian tertumpu kepada tiga tahap utama. Tahap pertama meneliti kemunculan nasionalisme Melayu sebelum tahun 1946 yang dipelop...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaie Haji Hamil, Mohd Rizal Mohd Yaakop, Mohamad Rodzi Abd Razak
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3192/
http://journalarticle.ukm.my/3192/
http://journalarticle.ukm.my/3192/1/7.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan meneliti aliran ideologi nasionalisme Melayu dalam budaya politik sejak tahun 1920-an sehingga tercetusnya krisis dalam UMNO pada tahun 1987. Fokus penelitian tertumpu kepada tiga tahap utama. Tahap pertama meneliti kemunculan nasionalisme Melayu sebelum tahun 1946 yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi sehingga penubuhan United Malay National Organization (UMNO) yang dipelopori oleh Dato’Onn Jaafar. Tahap kedua memberi tumpuan kepada perkembangan dalam UMNO khususnya usaha menentang Malayan Union dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Tahap ketiga pula membincangkan konflik yang berlaku dalam ideologi nasionalisme UMNO sehingga ia diharamkan serta implikasinya terhadap budaya politik Melayu. Sepanjang tempoh tersebut, pengaruh nasionalisme Melayu sememangnya telah mewarnai corak budaya politik Melayu. Berasaskan kepada perkembangan tersebut artikel ini merumuskan bahawa nasionalisme Melayu masih sesuai diadaptasikan dalam budaya politik Melayu khususnya dalam perjuangan UMNO