Kepimpinan politik: pola kepimpinan politik UMNO

Artikel ini cuba menyorot tentang dinamisme pola kepimpinan politik Melayu khususnya dalam UMNO. Sebuah sistem politik yang stabil sangat bergantung kepada keupayaan pemimpin yang memiliki autoriti untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam mengatasi sebarang konflik. Kegagalan pemimpin diukur dari ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jamaie Haji Hamil
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2003
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3122/
http://journalarticle.ukm.my/3122/
http://journalarticle.ukm.my/3122/1/1.pdf
Description
Summary:Artikel ini cuba menyorot tentang dinamisme pola kepimpinan politik Melayu khususnya dalam UMNO. Sebuah sistem politik yang stabil sangat bergantung kepada keupayaan pemimpin yang memiliki autoriti untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam mengatasi sebarang konflik. Kegagalan pemimpin diukur dari keruntuhan sistem politik yang menggambarkan juga tahap keupayaannya mengawal dan menjalankan autoriti yang ada padanya. Kejayaan seorang pemimpin pula akan dinilai dari segi kemampuannya mengendalikan autoriti serta memanipulasi kuasa sama ada untuk memelihara institusi politik yang mendukungnya atau untuk mengembangkan pembangunan politik yang berada di bawah tanggungjawabnya. Dengan menggunakan kerangka konseptual kepimpinan politik, kajian ini mendapati bahawa wujud dinamisme pola kepimpinan antara keempat-empat Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri. Pola kepimpinan konservatif dan toleransi wujud di era Tunku yang didukung oleh model kepimpinan autoriti tradisi. Era Tun Razak menampakkan pola kepimpinan progresif dan serius kerana didukung oleh model kepimpinan autoriti perundangan. Tun Hussein Onn pula membawa pola kepimpinan yang monoton tetapi harmoni kerana tidak banyak tranformasi yang mampu dilakukan terhadap autoriti yang diberikan kepadanya. Manakala pola kepimpinan lebih liberal muncul ketika era Mahathir. Beliau juga memiliki autoriti karismatik yang terserlah dalam kepimpinan politiknya.