Proses pendidikan muzium : satu kajian awal
Ini merupakan kajian awalan tentang proses pendidikan muzium. Persoalan yang ditinjau ialah bagaimana proses pendidikan muzium itu berlaku dan apakah manfaatnya daripada pendidikan tersebut. Kajian ini diasaskan kepada kajian lapangan selama empat bulan (dari September hingga Disember 2009) di Mu...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3033/ http://journalarticle.ukm.my/3033/ http://journalarticle.ukm.my/3033/1/01ADNAN_JUSOH.pdf |
Summary: | Ini merupakan kajian awalan tentang proses pendidikan muzium. Persoalan
yang ditinjau ialah bagaimana proses pendidikan muzium itu berlaku dan apakah
manfaatnya daripada pendidikan tersebut. Kajian ini diasaskan kepada kajian
lapangan selama empat bulan (dari September hingga Disember 2009) di Muzium
Negara, Kuala Lumpur. Didapati pendidikan muzium dapat melengkapkan
pendidikan secara-formal di sekolah. Pada asasnya, kebanyakan mata pelajaran
di sekolah sama ada dalam bidang sains sosial (seperti sejarah, geografi,
kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian) mahupun sains tulen adalah sesuai
dengan pendidikan muzium kerana muzium mempunyai banyak jenis, tidak
terbatas pada pameran artifak sejarah, warisan dan purbakala. Sesebuah muzium
itu dicirikan oleh tema bahan-bahan yang dipamerkan seperti flora, fauna,
sejarah, dokumen (arkib), arkeologi, geologi, sains, teknologi dan angkasa
lepas. Kajian ini mendapati pendidikan muzium bukan sahaja bukan sahaja
menyeronokkan tetapi juga dapat meninggalkan kesan berkekalan. Ini kerana,
dari satu sisi, lazimnya muzium mempamerkan objek-objek yang unik atau bahanbahan
yang tidak ditemui dalam kehidupan biasa. Objek-objek begini dengan
sendirinya menanam minat terhadap pelajar untuk belajar. Dari sisi yang lain,pendidikan muzium mendorong pengunjungnya mendalam penghayatan
terhadap apa yang dipelajari, lebih-lebih lagi sekiranya muzium itu membenarkan
berlaku proses secara interaktif. Makalah ini menggalurkan beberapa langkah
bagaimana pendidikan muzium boleh dijalankan dengan berkesan. |
---|