Hitungan dalam Naskhah Melayu dan Jawa : analisis dalam Syair Laksana Kita dan Mujarabat
Makalah ini membuat analisis tentang hitungan dalam masyarakat Melayu dan Jawa berasaskan teks persuratan klasik iaitu Syair Laksana Kita dan Mujarabat (edisi Jawa). Konsep hitungan itu dilihat sebagai angka berasas pengiraannya. Analisis ini mendapati pengungkapan nilai tersebut dapat dimanfaatk...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3027/ http://journalarticle.ukm.my/3027/ http://journalarticle.ukm.my/3027/1/01ADNAN_JUSOH.pdf |
Summary: | Makalah ini membuat analisis tentang hitungan dalam masyarakat Melayu dan
Jawa berasaskan teks persuratan klasik iaitu Syair Laksana Kita dan Mujarabat
(edisi Jawa). Konsep hitungan itu dilihat sebagai angka berasas pengiraannya.
Analisis ini mendapati pengungkapan nilai tersebut dapat dimanfaatkan sebagai
satu usaha untuk memecahkan dan menyelesaikan beberapa masalah kehidupan
yang sering mereka hadapi. Pemanfaatan angka sebagai prinsip asas dalam
hitungan digunakan untuk menentukan waktu yang baik atau buruk dalam
melakukan pelbagai kegiatan tertentu seperti perkahwinan, mendirikan rumah
dan mencari rezeki. Dalam masyarakat Melayu, konsep sedemikian digunakan
misalnya dalam melihat keserasian pasangan dalam penentuan jodoh. Keserasian
tersebut dipercayai dapat menentukan kebahagiaan pasangan pada masa akan
datang. Bagi masyarakat Jawa pula, terdapat konsep hitungan yang disebut
sebagai petungan. Lumrahnya petungan dilakukan oleh dukun atau orang tua
yang berilmu dan berpengetahuan. Mereka sering menjadi pakar rujuk sekiraya seseorang ingin melakukan pelbagai kegiatan yang penting dalam hidup mereka.
Sehubungan dengan itu, teks Syair Laksana Kita dan Mujarabat digunakan
sebagai sumber utama dalam penulisan ini, bagi melihat bagaimana konsep
hitungan diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu dan Jawa. |
---|