Penagih dadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps.

Kajian terhadap pengenalpastian tahap kecenderungan penagihan dari aspek “situasi berisiko tinggi relaps” seperti emosi negatif, tekanan sosial dan konflik interpersonal bermanfaat dalam penyediaan input asas kepada kaunselor dadah, ahli-ahli psikologi, pekerja sosial serta para pengubal dasar yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fauziah Ibrahim, Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib, Mohamad Shatar Sabran
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2826/
http://journalarticle.ukm.my/2826/
http://journalarticle.ukm.my/2826/1/fauziah012.pdf
Description
Summary:Kajian terhadap pengenalpastian tahap kecenderungan penagihan dari aspek “situasi berisiko tinggi relaps” seperti emosi negatif, tekanan sosial dan konflik interpersonal bermanfaat dalam penyediaan input asas kepada kaunselor dadah, ahli-ahli psikologi, pekerja sosial serta para pengubal dasar yang kini berhadapan dengan cabaran dalam memulihkan penagih. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penagihan relaps daripada tiga aspek iaitu emosi negatif, tekanan sosial dan konflik interpersonal dalam kalangan penagih dadah yang sedang mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan SPSS for Windows. Seramai 400 orang penagih relaps terdiri dari lapan buah PUSPEN di Semenanjung Malaysia dipilih sebagai responden kajian dan dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) bermula pada bulan Mac hingga April 2007. Dalam artikel ini, tahap penagihan relaps dalam kalangan penagih diukur dengan menggunakan skala yang dibangunkan oleh Marlat & Gordon dengan memperolehi nilai kebolehpercayaan .884. Hasil kajian mendapati secara keseluruhan, 93.6% daripada penagih dadah yang dikaji menunjukkan tahap berisiko tinggi relaps pada tahap sederhana (84.7%) ke tahap yang tinggi (8.8%). Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini berada dalam keadaan yang dinamakan sebagai „bersituasi berisiko tinggi‟ untuk kembali relaps. Oleh itu, penekanan pengajaran tentang teknik dan strategi daya tindak menghindari diri penagih daripada menagih semula perlu diberikan penekanan utama khasnya kepada pelatih yang akan dibebaskan dari pusat pemulihan dadah sebagai persediaan menghadapi rintangan dan dugaan hidup yang mencabar setelah dibebaskan.