Perubahan cuaca dan penyakit denggi: kajian kes di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Denggi merupakan penyakit endemik di Malaysia. Perubahan cuaca mengakibatkan peningkatan kematian, kemorbidan serta peningkatan kes penyakit seperti denggi. Artikel ini bertujuan untuk melihat hubungan antara perubahan cuaca dengan kes denggi yang dilaporkan di Daerah Seremban. Objektif kajian ini...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2649/ http://journalarticle.ukm.my/2649/ http://journalarticle.ukm.my/2649/1/er2011.pdf |
Summary: | Denggi merupakan penyakit endemik di Malaysia. Perubahan cuaca mengakibatkan peningkatan kematian, kemorbidan serta peningkatan kes penyakit seperti denggi. Artikel ini bertujuan untuk melihat hubungan antara perubahan cuaca dengan kes denggi yang dilaporkan di Daerah Seremban.
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan antara perubahan cuaca dengan bilangan kes denggi di Daerah Seremban. Data sekunder berkaitan dengan bilangan kes penyakit bawaan-vektor dikumpul dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, laman sesawang Kementerian Kesihatan
Malaysia serta temubual dengan key informant yang berpengetahuan tentangg perubahan cuaca dan kesihatan awam. Temubual telah dilaksanakan dari bulan Mac hingga Novembe 2009. Data kelembapan relatif dan data taburan hujan diperolehi dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan
Pengairan dan Saliran. Kaedah korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah perubahan cuaca dengan kes denggi pada aras keyakinan p < 0.05. Hasil kajian
mendapati bahawa min suhu maksimum dan kelembapan relatif masing-masing mempunyai hubungan yang signifikan dengan bilangan kes denggi di Daerah Seremban (yakni masing-masing r = 0.625, p < 0.05 dan r = 0.969, p < 0.05). Bagi taburan hujan pula, hanya dua daripada empat stesen hujan di Daerah Seremban yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan bilangan kes denggi:Stesen Stor JPS Sikamat (r = 0.613, p < 0.05) dan Stesen Hospital Seremban ( r = 0.64, p < 0.05). |
---|