Kesan kepekatan asid performik terhadap pengepoksidaan minyak sawit olein
Kajian pengoptimuman tindak balas pengepoksidaan minyak sawit olein (POo) dengan menggunakan mangkin asid performik (HCOOOH) telah dijalankan. Kesan tindak balas terhadap nisbah kepekatan HCOOH : H2O2 dan masa tindak balas telah dikaji pada suhu 45oC. Kandungan oksigen oksirana (OOC) optimum sebanya...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2636/ http://journalarticle.ukm.my/2636/ http://journalarticle.ukm.my/2636/1/12_Darfizzi.pdf |
Summary: | Kajian pengoptimuman tindak balas pengepoksidaan minyak sawit olein (POo) dengan menggunakan mangkin asid performik (HCOOOH) telah dijalankan. Kesan tindak balas terhadap nisbah kepekatan HCOOH : H2O2 dan masa tindak balas telah dikaji pada suhu 45oC. Kandungan oksigen oksirana (OOC) optimum sebanyak 3.61% diperoleh dengan menggunakan nisbah mol 1 : 5 : 2 pada 150 min dan sebanyak 96.5% penukaran dapat dicapai. Hasil tindak balas adalah sebanyak 91.3%. Puncak kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) bagi minyak sawit olein terepoksida (EPOo) telah berubah sepenuhnya berbanding puncak HPLC POo. Spektrum transformasi Fourier infra-merah (FTIR) telah menunjukkan kehadiran puncak ikatan gelang oksirana pada 844 cm-1. |
---|