Pembangunan dan perkembangan ekonomi Singapura 1961-1966

Selepas berkuasa pada bulan Julai 1959, pemerintah Singapura di bawah kepimpinan Lee Kuan Yew telah melancarkan Pelan Pembangunan 1961-64. Tujuan pelan ini dilancarkan adalah untuk membawa perubahan ekonomi Singapura dan meraih sokongan penduduk. Singapura perlu menjana ekonomi yang lebih besar, dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suhaimi Abdan, Nordin Hussin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2379/
http://journalarticle.ukm.my/2379/
http://journalarticle.ukm.my/2379/1/Suhaimi_Abdan_%26_Nordin_Hussin_38_%281%29_2011.pdf
Description
Summary:Selepas berkuasa pada bulan Julai 1959, pemerintah Singapura di bawah kepimpinan Lee Kuan Yew telah melancarkan Pelan Pembangunan 1961-64. Tujuan pelan ini dilancarkan adalah untuk membawa perubahan ekonomi Singapura dan meraih sokongan penduduk. Singapura perlu menjana ekonomi yang lebih besar, dan dapat memenuhi keperluan domestik serta pasaran global. Penggabungannya dengan Persekutuan Tanah Melayu membolehkannya mendapat akses kekayaan sumber alam dan bekalan air untuk keperluan industri Singapura. Konfrantasi Indonesia-Malaysia serta masalah politik dalaman mempercepatkan hasrat Singapura menyertai gagasan ini. Hasil kajian mendapati Singapura amat berharap kepada persekitaran yang aman dan penyelesaian konflik yang segera untuk kemajuan dan pembangunan Singapura. Sebagai sebuah negara kecil di rantau dunia Melayu, Singapura terpaksa bertindak secara bijaksana apabila timbul sesuatu isu berhubung kedaulatannya, dan hubungannya dengan negara jiran. Kesimpulannya, Singapura cuba menangani hambatan terhadap kemajuan ekonomi dan menangani konflik dengan negara jiran bagi kepentingannya di rantau Asia Tenggara.