Sosiokognitif pelajar remaja terhadap Bahasa Melayu
Bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu perlu dikuasai dengan mempelajarinya melalui kurikulum yang dirangka. Bagi memastikan keberkesanan program yang dirancang, ia perlu diiringi dengan sikap yang positif dan persepsi yang tinggi terhadap bahasa itu sendiri. Oleh itu, kajia...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2337/ http://journalarticle.ukm.my/2337/ http://journalarticle.ukm.my/2337/1/page1_21.pdf |
Summary: | Bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu perlu dikuasai dengan
mempelajarinya melalui kurikulum yang dirangka. Bagi memastikan keberkesanan
program yang dirancang, ia perlu diiringi dengan sikap yang positif dan persepsi yang
tinggi terhadap bahasa itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
sikap dan persepsi yang merupakan bahagian daripada kognisi pelajar remaja terhadap
bahasa Melayu, serta melihat pertalian antara latar belakang sosial pelajar remaja,
khususnya perbezaan jantina, kaum/etnik dan aliran kelas dengan kognisi mereka
terhadap bahasa Melayu. Lebih daripada 1,500 pelajar remaja terlibat dalam kajian ini
dan didapati bahawa hampir 80.0% (1,208) pelajar bersikap positif terhadap bahasa
Melayu. Kajian juga mendapati hanya 29.9% (456) pelajar mempunyai persepsi yang
tinggi terhadap bahasa Melayu. Melalui kajian ini dapat dibuktikan bahawa kognisi
pelajar remaja terhadap bahasa Melayu mempunyai perkaitan yang signifikan dengan
faktor sosial yang melatarbelakangi mereka. Justeru, penulis berpendapat bahawa
persepsi yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bahasa Melayu perlu terus dipupuk
agar pelajar tetap yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu, khususnya sebagai bahasa
ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia. |
---|